Showing posts with label harga naik. Show all posts
Showing posts with label harga naik. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

HARGA PETROL NAIK LAGI

Gambar : Makcik Google

Nampaknya mulai 5 Januari 2011 harga petrol naik lagi. Tetapi ia hanya melibatkan petrol RON 97. Satu lagi bahan api yang naik ialah minyak tanah. Masing-masing menunjukan peningkatan sebanyak RM 0.10 sen di mana menjadikan harga petrol RON 97 berharga RM 2.40 seliter dan minyak tanah berharga RM 2.50 seliter.

Yang baiknya harga petrol RON 95 tidak naik. Kalau naik lagi, nampaknya pergi kerja pakai basikallah gamaknya. Di sini dapat dilihat sedikit keprihatinan kerajaan kerana tidak menaikkan harga petrol RON 95. Kebiasaanya petrol RON 97 digunakan oleh "orang-orang kaya" yang berkenderaan mewah dan juga kereta-kereta negara luar yang masuk ke Malaysia. Jadinya bagi yang menggunakan petrol RON 95 jelaslah masih tidak terjejas dengan kenaikkan ini.





Yang menjadi tanda tanya bagi aku ialah benarkah kenderaan luar menggunakan petrol RON 97 apabila membeli minyak di Malaysia? Baru-baru ini aku ternampak sebuah kenderaan pernombor pendaftaran Singapura telah mengisi minyak dengan menggunakan petrol RON 95. Apa sudah jadi? Di manakah sistem pemantauan tentang kaedah mengisi minyak ini dilakukan? Subsidi rakyat Malaysia diberikan kepada orang asing yang sememang tidak berhak menerima subsidi tersebut. Pengusaha stesyen minyak seharusnya lebih peka, jangan hanya ingat mahu mengaup keuntungan sahaja sehingga membenarkan warga asing mengisi minyak petrol RON 95.

Erm.. Cakap banyak pun tak guna. Harga telahpun dinaikan. Jadinya, kalau sesiapa yang tak berapa mampu tu, gunakan petrol RON 95. Kalau rasa dirinya mampu gunalah petrol RON 97.

Sumber : Berita Harian Online