Showing posts with label Cuya. Show all posts
Showing posts with label Cuya. Show all posts

Friday, April 7, 2023

Digital Arts by Cuya

10 Februari 2023 lalu aku menerima emel dari Nurnasuha @ Cuya dari blog nasuha-itsmyessay.blogspot.com menyatakan keinginan beliau untuk melukis potret diri aku dalam media seni digital (digital arts). Bukan aku seorang sebenarnya yang dipelawa, beliau menawarkan juga kepada bloggers lain dan aku antara yang turut dipilih.

Jadi, aku memilih gambar profil di aplikasi whatsapp untuk dilakarkan oleh Cuya. Justeru, terhasil seni digital seperti di bawah ini. Terima kasih kepada Cuya kerana memilih gambar saya untuk dipotretkan di dalam seni digital. 

Maaflah Cuya sebab baru berkesempatan untuk memuat naik entri ini. Sekarang sejak sudah bertukar bahagian, bertambah pula kerja di pejabat

Dah macam Kirk Hammet. Hihihi