Tuesday, June 27, 2023

Poster-poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Aku bukanlah seorang pereka (designer), tetapi aku minat mereka bentuk poster-poster. Antara aplikasi atau laman sesawang yang aku biasa gunakan untuk membuat poster ialah dengan menggunakan postermywall. Mudah. Sangat mudah bagi sesiapa sahaja yang nak membuat poster. Hanya pilih templates yang disukai dan masukkan sahaja perkataan-perkataan yang diingini. Semudah ABC.

Baru-baru ini, aku turut mengikuti kelas sehari membuat reka bentuk menggunakan canva dan photopeaSo far, Canva pun bagus juga dan pelbagai reka bentuk boleh dibuat manakala photopea lebih kepada teknikal dan perlu dipelajari dengan teliti.

Reka bentuk di bawah ini aku hasilkan dengan menggunakan postermywall. Gambar-gambar sedia ada, cuma aku tukar atau masukkan perkataan sahaja. Bagi sesiapa ingin mereka bentuk poster ucapan, bolehlah gunakan mana-mana laman sesawang yang telah aku nyatakan di atas. Selamat mencuba! 








Ps : Sebetulnya perkataan Aidiladha ialah rapat bukannya jarak. Maaf atas kesilapan. Malas pula nak betulkan. 

7 comments:

  1. selalunya nak mudah mmg sy guna canva je... yg ni postermywall br tau... tq for sharing... kalau canva for education mmg byk gila template... kalau en fairus nk guna canva for education boleh log in guna akaun delima anak

    ReplyDelete
  2. Menarik juga...tapi selalu saya guna yang company sediakan...pemalas betul..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Haji buat semua :)

    ReplyDelete
  4. wahh cantik..encik boleh cuba Canva.com situ bole design poster

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.