Monday, January 2, 2023

Tempat Jatuh Lagi Dikenang Inikan Pula Tempat Bermain

Di hujung-hujung cuti sekolah ini aku membawa anak-anak bermain-main di pantai. Pantainya tidak jauh dari rumah mak aku. Jika dahulu, terdapat jalan pintas dari rumah mak aku ke pantai, namun jalan tersebut telah dipagar. Dulu hanya perlu berjalan kaki sahaja, namun sekarang perlu pusing agak jauh sedikit untuk ke pantai.

Pergi ke kawasan pantai di situ membuatkan aku kembali mengingati kisah lama. Kisah lama tu bolehlah di baca di entri INI.

Aku pernah tergelincir di hujung jeti masa kecil-kecil dahulu

Jeti lama LLN semakin usang

Pemandangan di hujung jeti lama LLN


Masa kecil dahulu aku suka mencari siput yang terlekat di batu-batu di persisir pantai. Hari ini aku mengembalikan nostalgia lalu dengan kembali mencari siput dan ternyata ia masih boleh diperolehi dengan banyak. Aku mencari siput sendirian tanpa melibatkan anak-anak kerana kawasannya berbatu dan agak merbahaya.

Balik ke rumah aku segera membersihkan siput-siput tersebut agar hilang segala kotoran. Setelah dipastikan bersih, aku merebusnya ke dalam periuk berisi air dan aku letakkan beberapa cubit garam. 

Pelbagai bentuk siput dan ia boleh dimakan


Masaknya pun tidak memerlukan masa yang lama. Dalam 10 - 15 minit sudah boleh ditutup api dan ditoskan untuk mengeluarkan air. Tunggu siput-siput sejuk sedikit sudah boleh dimakan. Cara makannya ialah dengan mencungkil isi siput dengan menggunakan jarum atau spin. Mudah saja. Aku menikmati siput ini dengan dua orang anak aku, dua orang lagi tidak berminat nak mencuba.

Anak dara aku menunjukkan cara mencungkil isi siput menggunakan jarum


Kalian pernah merasai siput ini? Cuba komen. 😀

12 comments:

  1. Oh, sy tak tahu siput yg ni boleh dimakan juga ya, mesti sedap cicah sos Thai.

    ReplyDelete
  2. Cantik siputnya xpernah makan lagi selalu makan remis saja

    ReplyDelete
  3. Cengkerang siput tu boleh buat perhiasan

    ReplyDelete
  4. kenangan indah zaman dulu, memang sentiasa dikenang. Best bw ank2 blh cerita pd dorang. Biar dorang tahu.
    Kalu zaman ciknur pula kutip siput kat sawah padi tu. Berlumba lumba kutip

    ReplyDelete
  5. Saya suka belek cengkerang siput di pantai, cantik-cantik bentuknya.
    Makan belum pernah lagi. Rajin anak dara en.fairus mencungkil isi siput 👏🏽

    ReplyDelete
  6. Saya suka belek cengkerang siput di pantai, cantik-cantik bentuknya.
    Makan belum pernah lagi. Rajin anak dara en.fairus mencungkil isi siput 👏🏽

    ReplyDelete
  7. siput sedut jer yang pernah makan..tu pun jenuh..selalu tertelan kepingan hitam dihujungnya.

    ReplyDelete
  8. cantik siputnya...tak pernah makan, siput sedut je pernah..

    ReplyDelete
  9. X pernah rasa siput ni.. xtau plak boleh mkn sbb cantikkk

    ReplyDelete
  10. baru tau siput tu boleh dimakan rupanya ye, ngerinya jatuh kat jeti

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.