Thursday, October 6, 2022

Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari

Satu persatu aku membaca senarai barangan yang dipesan oleh isteriku untuk dibawa ke hospital. Satu senarai yang panjang merangkumi pakaian, lampin, pengecas telefon, sebotol air, cawan, sudu dan pelbagai lagi. Naik berpinar biji mata melihatnya. Harap-harap tiada yang tertinggal.

Oh ya, pagi tadi telah aku bawa isteri dan anakku Muhammad Fiq Farrel yang baru berusia 6 bulan ke hospital. Sudah masuk minggu ketiga anakku tidak sihat. Batuk berkahak, selsema dan demam. Demamnya sekejap sembuh sekejap kebah. Pemeriksaan x-ray menunjukkan ada sesuatu di bahagian dadanya yang berkemungkinan dijangkiti kuman. Jadi anakku ditahan di wad sambil ditemani isteriku.

Sedang mahu bertolak ke hospital, masuk lagi pesanan dari isteri agar membawa Milo. Macamana nak bawa Milo, elok beli saja Milo 3 in 1 di kedai. Senang nak dibancuh nanti.

Sampai di kedai, segera aku mendapatkan Milo 3 in 1. Sempat juga aku menyambar coklat snicker untuk dijadikan habuan mulut semasa perjalanan ke hospital. 

Semasa hendak membayar, ada 2 orang di hadapanku. Seorang yang berada di hadapan aku seorang wanita kemungkinan berusia lewat 40 tahun. Banyak juga barang beliau beli. 

Apabila telah tiba gilirannya, beliau menyuruh aku kehadapan untuk membayar dahulu dengan alasan barangnya banyak. Kebetulan, hanya satu sahaja kaunter bayaran yang dibuka. Awalnya aku menolak, tidak kisah untuk menunggu tetapi dia minta juga aku memotong gilirannya. Lantaran itu, aku pun kehadapan.

Selesai juruwang mengimbas harga barangan yang aku beli, aku menghulurkan kad debit untuk membayar. Namun tanpa disangka, wanita tersebut berkata bahawa beliau akan membayar barangan yang aku beli. Aku menolaknya namun beliau terus berkata " takpe-takpe saya bayar". Aku cuma mampu mengucapkan terima kasih lalu keluar dari kedai tersebut.

Dalam hatiku berkata agar wanita tersebut terus dimurahkan rezeki dan senantiasa membantu insan-insan yang memerlukan. 



10 comments:

  1. Allah..baiknya wanita itu. Semoga Allah permudahkan segala urusannya dan semoga anak Fairus pun kembali sihat.

    ReplyDelete
  2. Betul tu rezeki jgn sesekali ditolak... Semoga anak fairus kembali sihat dan ceria ye

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan dengan di pertemukan dengan orang yang baik2. Semuga anak cepat sembuh. Aamiin

    ReplyDelete
  4. rezeki dtg tanpa kita pinta. Allah berikan rezeki yg x terjangka menerusi insan lain..

    ReplyDelete
  5. Masyallah..rejeki jangan ditolak..moga wanita itu terus istiqomah bersedekah untuk saudara sesama islam...aminnnn..

    ReplyDelete
  6. Orang yang baik selalunya ditemukan dengan orang yang baik-baik...

    ReplyDelete
  7. Semoga Fiq baik-baik saja... Semoga ibu dan ayahnya tabah...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Rezeki Allah datang dari sumber yang tak disangka-sangka.
    Moga dipermudahkan segala urusan Encik Fairus dan isteri dan cepat sembuhlah hendaknya Muhammad Fiq Farrel.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...
    Semoga Allah limpahi rezeki bertambah tambah buat kakak tu. Syukur Allah permudah segala urusan. Semoga anak cepat sihat. Aamiinn...

    ReplyDelete
  10. Allahuakbar. Baiknya. Semoga anak awak cepat sembuh ya

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.