Thursday, September 15, 2022

Sejarah Lisan : Merungkai Kisah Penting Yang Tidak Dicanang

Bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi membuatkan aku dapat belajar banyak perkara. Antara yang aku gemari ialah berjumpa dan menemuramah individu-individu yang hidup pada zaman sebelum merdeka. Banyak kisah yang boleh dirungkai dari individu-individu ini yang memberi gambaran pada zaman sebelum merdeka.

Menemuramah pakcik Rosalle, bekas Rejimen Askar Melayu Diraja dan Komando

Pakcik Dengan pernah berpengalaman menaiki keretapi lama Melaka


Sekarang ini, individu yang hidup pada era 30 hingga 40-an sudah agak berkurangan. Mereka inilah yang merasai hidup di zaman penjajahan sama ada British, Jepun bahkan semasa pemberontakan Komunis. 

Alangkah ruginya jika tidak direkod dan didokumentasikan pengalaman dan peristiwa-peristiwa penting yang pernah dialami oleh mereka. Setiap orang mempunyai ceritanya yang tersendiri dan kisah ini memungkinkan menjadi sebuah kisah sejarah yang tidak dicanang atau ditulis di mana-mana media.

Sebenarnya, aku sedang membuat kajian untuk menulis tentang kewujudan keretapi lama Melaka yang dibina pada tahun 1903 dan telah dibongkar landasannya pada zaman pendudukan Jepun. 

Dahulu Melaka pernah mempunyai sistem keretapi dari Tampin (sebenarnya Pulau Sebang) dan berakhir di Bandar Melaka. Namun kini landasannya sudah tiada lagi, hanya terdapat beberapa struktur saja yang masih kelihatan seperti tembok batu di sekitar kawasan parit atau sungai dan juga jambatan besi.

Nantikan saja kemunculan buku ini nanti. Harap-harap buku ini dapat diterbitkan pada penghujung tahun ini. 

11 comments:

  1. Tahniah dan teruskan usaha tersebut. e-book takde ke???

    ReplyDelete
  2. Ibu sy lahir tahun 1941. Kadang2 dia cerita jugak zaman kecik2 dulu, mujur Jepun tak sampai ke sana. Untuk kisah landasan keretapi Melaka tu kan, cuba tuan cari seorang novelis, Maria Kajiwa sebab beliau ada juga cerita pasal landasan tu.

    ReplyDelete
  3. wah bagus tu. Pengalaman orang dahulu tiada ternilai harganya. Semuga usaha-usaha yang sedang dijalankan berjaya. Tak tahu pun melaka ada jalan keretapi dahulu kala

    ReplyDelete
  4. Dulu arwah pak ngah slalu cite pasal hidup zaman jepun.. Smp kdg tiap kali ziarah arwah, cite yg sama jgk diulang tp klu soh cerita balik konpom x igt sbb terlalu byk sgt ceritanya

    ReplyDelete
  5. Seronoknya 'menggali' sejarah terus dari sumbernya. Mudah-mudahan projek penerbitan buku berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. bagus usaha saudara...tak pernah tahu ada landasan keretapi di Melaka...semoga dipermudahkan urusan penerbitan buku ini..

    ReplyDelete
  7. Menarik ni. Nanti bolehlah kongsikan hasil dapatan kajian ni.

    ReplyDelete
  8. gigih mendapatkan maklumat utk sebuah buku sejarah., semoga dipermudahkan ., aminn

    ReplyDelete
  9. Seronok nya dapat dengar cerita 'first hand' dari yang mengalaminya...

    ReplyDelete
  10. semua pengalaman org2 tua ini perlu direkodkan utk tatapan generasi akan datang..

    ReplyDelete
  11. bagus ni dapat kan info dari org yg ada waktu tuu.. mesti buku tu best

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.