Monday, February 17, 2014

SEDAPLAH AYAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Balik je kerja tadi anak sulong aku meminta aku buatkan roti dengan resepi istimewa yang aku buat pada hujung minggu yang lalu. Aku tanya "sedap ke?", dia jawab "sedaplah ayah...".

Aku parkir je kereta di depan rumah, anak aku terus ke rumah kawannya iaitu jiran sebelah. Terdengar perbualan anak aku "Along, jom datang kat rumah abang, ayah abang masak roti, sedap.. Lepas kita main kita makan ek., ayah abang nak masak tu.."

Untuk tidak menghampakan, aku masuk je rumah terus sinsing lengan baju. Bahan-bahan semua dah ada, cuma nak buat je. Bukan susah pun.. Tang tung tang tung.., dah siap!


Ringkas je sebenarnya. Roti celup dengan telur dan letaklah daging burger. Hehehe.. Yang ada cili ni aku dan isteri yang makan. Anak aku punya aku buat tanpa cili.

Sekian saja Seminit Bersama Chef Fairus.. :)

18 comments:

  1. ayah, ayah, nak jugak! hehehee...

    kalau daging burger tu ganti dengan sosej, rasa2 ok tak?

    ReplyDelete
  2. Mmg simple...tp sgt sedap tu....

    ReplyDelete
  3. mengembirakan hati anak boleh buat jiwa tenang selalu..jangan anggap permintaan anak itu seperti menyusahkan hidup ...sy pernah dengar kata2 yg tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ayah mengherdik anaknya ketika dia meminta sesuatu..; sepatutnya jadilah ayah misali seperti En Fairus kita ni..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAK ITU AMANAH.. INSHAALLAH AKAN KU JAGA DENGAN SEHABIS BAIK..

      Delete
  4. Assalamualaikum bro. perghhh makruh tengok ni.. tengah puasa. heheee .. lama tak buat roti gini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALAMAK,, PUASA ERK..TAKPE.. TAKPE.. MAKRUH JE.. :)

      Delete
  5. Boleh try ni. Slalu buat roti telur mcm tu jer.

    ReplyDelete
  6. Bulan puasa kitorang selalu buat ni. Ala-ala roti john. Cuma guna roti biasa aje.

    ReplyDelete
  7. alamak! uncle suka la buat deno terliur... nyum3!!!

    ReplyDelete
  8. wowww..pandai masak rupanya chef Fairus ni... beruntung anak...sedapp nampak tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA SEORANG MINTA MEMASAK TAPI TAKTAU MEMASAK.. HEHEHE

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.