Sunday, September 29, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN POPULAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Inilah aku, cerita sudah basi, baru aku nak buat cerita. Hehehe.. Sebenarnya aku lebih kepada 'wait and see'. Aku biarkan sesuatu isu berkembang pesat, barulah aku mencelah untuk membuat kesimpulan. :)

Siapa tak kenal pakcik ni, tak taulah nak kata ape...



Lihat, betapa popularnya pakcik ni sekarang disebabkan kisah.., ahh, tak perlulah cerita, pasti semua sudah tahu.

Sebenarnya aku taknak cakap bahawa pakcik ni betul 100% atau isteri M** Y* tu salah 100% kerana kitapun tidak tahu menahu sebab musabab kisah yang sebenar-benarnya. Tahu-tahu kita disajikan dengan video berdurasi pendek, di mana isteri M** Y* sedang berlawan mulut dan memaki hamun pakcik tersebut.

Rata-rata kita menyokong pakcik tersebut apabila beliau dimaki hamun oleh seorang wanita. Berikutan usia pakcik tersebut agak berumur, justeru ramai warga kita yang amat tersinggung dengan perbuatan itu dan terus menghukum wanita tersebut sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak hormat orang tua. 

Akibat daripada provokasi melampau dengan kata-kata kejian, dilihat pakcik tersebut hilang kawalan dan seakan-akan menyerang wanita tersebut. Namun dikhabarkan, pakcik tersebut yang kena tendang.

Beberapa hari yang lalu kedengaran pula berita saman-menyaman akan berlaku. Masing-masing membuat laporan polis untuk memanjangkan isu ini ke mahkamah. Terbaru, isteri M** Y* pula dikhabarkan telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia. Eh, tapi kenapa bukan pada pakcik tu erk?

Apa-apapun, apa yang dapat disimpulkan dan apa yang perlu kita pelajari ialah :

1. Perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain seperti pepatah Yang Tua Dihormati, Yang Muda Dikasihi.

2. Jangan membuat provokasi yang melampau, akibat nanti buruk padahnya. Kata-kata kejian dan makian perlulah kita hindarkan dari pertuturan kita.

3. Bersabar, bersabar dan bersabar. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W tetap bersabar walaupun dilempar tahi dan batu oleh musuhnya. Kalau kita dapat mengikuti sifat sabar ini, sudah cukup baik.

4. Bermaaf-maafan antara satu sama lain dan jangan dipanjang lebarkan sesuatu perkara sehingga mendatang kebencian mana-mana pihak.

Sumber gambar : Google Image

18 comments:

  1. Kalau miza lah jadi pakcik tu. Miza diamkan saja. Maafkan kesalahan dia, semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk buat dia. :) Tapi kadang-kadang terlepas juga. Cepat-cepat minta maaf >.<

    ReplyDelete
  2. jadi selebriti segera ni kadang2 seronok jugak. tapi kalau boleh bukan sebab peristiwa yang memalukan macam ni. hehehee. apa pun, kita patut sabar dan bertindak mengikut pertimbangan...

    ReplyDelete
  3. dah cakap orang tu dayus mau pakcik tu tak bengang. kalau kene kat orang melaka, berbakul maki kene minah tu hahaha

    ReplyDelete
  4. kita hidup ni hanya sementara...
    bersyukur dengan apa yang ada dan jangan bermegah2..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. PANJANGNYA 'BETUL'.. MACAM UPIN IPIN PULAK.. :D

      Delete
  6. yup... sangat setuju! paling suka ayat2 yang last tu :)

    ReplyDelete
  7. hehe...buat isteri m** y*.... nasi dah jadi bubur la.... sblm buat sesuatu, fikir dulu...

    patutnya minta maaf terbuka kat pakcik tu la... kan kan...

    ReplyDelete
  8. perasan tak zaman sekarang ni macam dah jadi trend. bila kau dituduh dengan sesuatu pertuduhan, jangan terus mengaku salah. jawab aje tak bersalah (walaupun dah terus terang kau salah) dan minta dibicarakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERASAN.. TAPI KALAU TAK MASUK MAHKAMAH NANTI LAWYER TAKDE KES.. :)

      Delete
    2. itu satu hal. hal lain pula, ai tak kan la nak mengaku kalah cepat kan? so kita fight la dulu.

      Delete
    3. YA BETUL.. YANG PENTING GLAMOR.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.