Sunday, August 18, 2013

PROTON SUPRIMA S HATCHBACK : EH! NASIB KAU LAH PROTON..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada tanggal 17 Ogos 2013, Proton telah melancarkan sebuah lagi produk Proton iaitu PROTON SUPRIMA S HATCHBACK. Majlis pelancarannya telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Sepertimana keluaran-keluaran Proton yang lalu, PROTON SUPRIMA S HATCTBACK ini juga tidak terkecuali daripada menerima kritikan. Dulu semasa model Proton Preve mula-mula diperkenalkan, aku juga merupakan salah seorang pengkritik model tersebut.

Namun, dalam memberikan kritikan, kita perlulah berhemah, janganlah ianya lahir dari satu kebencian atau dengan niat untuk menjatuhkan. Kritikan seharusnya membina supaya si penerima kritik boleh melakukan perubahan berdasarkan apa yang dikritik.

Dalam pemerhatian aku, PROTON SUPRIMA S ini banyak dikritik dari segi harganya iaitu ia dikatakan 'agak mahal' pada harga RM77k - RM80k. Ramai pula yang cuba membandingkan ia dengan Toyota Vios dan Honda Jazz yang jauh lebih murah / harga setanding. Mereka juga mengatakan lebih elok beli Toyota Vios atau Honda Jazz daripada membeli proton ini. 

Akan tetapi, sepatutnya PROTON SUPRIMA S ini tidak boleh dibandingkan dengan kedua-dua kenderaan tersebut kerana jelas ciri-ciri (spec) bagi kenderaan ini amat berbeza. Banyak berbeza dari segi enjin, keselamatan dan peranti dalaman yang canggih.

Jadinya, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dengan kereta-kereta yang sekelas dengannya. Namun, 'orang kita' ni memang nak barang yang murah. Siapa yang tak nak barang murahkan? Oleh itu, harapnya pihak Proton dapat mempertimbangkan kembali harganya. kalau dapat dikurangkan, itu sudah cukup bagus bagi rakyat Malaysia.






Namun aku tertanya-tanya juga sama ada pengkritik-pengkritik ini sememangnya mahu membeli PROTON SUPRIMA S ini atau tidak. Gayanya semacam mahu membeli namun tidak jadi kerana harganya yang mahal. Atau sememangnya setiap kali ada keluaran baru Proton, mereka mahu membelinya? Iyalah, asyik-asyik mengatakan harga mahal.. harga mahal semacam memang mahu membelinya. 

Nasihat aku, kalau rasa kereta ni mahal, tak payahlah membelinya. Pihak Proton pun rasanya tidak memaksa pengguna supaya membeli keretanya. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau benar-benar tak mampu tak perlulah nak mengikat perut setiap bulan bagi mendapatkan kereta idaman. Banyak lagi kenderaan mampu milik seperti Viva 660 atau Proton BLM. Dan sekiranya rasa diri mampu dan tidak mahu memakai model ini, belilah model lain yang difikirkan patut.

Rujukan gambar sila KLIK.

22 comments:

  1. ya betul2.. setuju dgn fairus! kalau tak mampu, tak perlu beli kereta yg mahal. belilah kereta di mana sesuai dgn pendapatn sendiri kan.. :)

    p/s: dulu semasa tun mula2 keluarkan idea proton, ramai yg kritik dan kutuk idea dan rancangan tun mahathir.. tp skrg kereta proton dah banyak keluar dgn pelbagai jenis kereta, dah sampai oversea, pelbagai kereta keluaran proton dipakai oleh rakyat malaysia.. bangga dgn kereta keluaran negara sendiri^_^ tp yg kutuk2 dulu tu pun pakai kereta proton.. sepatutnya pakai je la kereta keluaran negara lain kan... huhu.. sekadar luahan :)

    ReplyDelete
  2. tiap kali model proton baru keluar, memang pasang niat nak memilikinya..tunggulah macam mana nanti.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. TU LA.. ADA YANG KATAKAN IANYA PREVE HATCHBACK..

      Delete
  4. pandangan pertama, aku agak berkenan dengan kereta Janis hatchback (5 pintu) atau wagon. sebab suprima s ni boleh tahan dari segi design. cuma kalau boleh spesifikasi enjin tu dipertingkatkan sikit. lepas tu aksesori tu sepatutnya dah jadi standard bagi semua model proton, bukan lagi optional. Nampak gaya, aku kena usha kat showroom jugak ni.

    -dulu aku nyaris nak beli Nissan ad resort!

    ReplyDelete
  5. Abg guna PROTON FLX EX, Brek drum problem, pintu belakang problem, tingkap pemandu problem, tingkap dah repair, break drum baru sebelah tukar, lain2 tip top. Nak buat camana ini saja kereta baru yang mampu, semuanya macam nasib. Walau ada waranti tetapi perlu pergi banyak kali, kalau tolak cuti saja itu yang rugi cuti dan masa, itu yang malas. Kalau gaji RM 50 sehari pergi 5 kali dah RM250. Bergantung juga pada pusat servis mana kita pergi, kalau rasa tempat servis tak bagus boleh pergi mana2 pusat servis yang ada. Sekarang Abg pergi tempat servis yang di buka pada hari ahad.
    Macam-macam promosi boleh di beritakan, macam2 pendapat boleh diutarakan, pelbagai alasan boleh diberikan, tetapi pengguna yang menanggungnya. Tak kira apa jenama, baik proton, Produa, honda, toyota, bmw, dan lain lain, kalau nak rosak tetap rosak juga, kalau tidak masakan ada waranti, ada jaminan dan sebagainya. ada kawan, kereta bermasaalah pergi baiki sendiri sebab malas tuntut waranti atas sebabnya dan ada pemilik, sikit2 tuntut atas sebabnya. Bukan sahaja masaalah pengeluaran, Adakalanya pembekal2 kepada pengeluar kereta yang menjadi punca. Untuk model baru, baik buat test drive dan comparison,Baca ulasan / review dari yang pakar dan bebas, kita boleh jugs interbiu pemilik baru. ha! ha! ha!, terlebih komen pula abg hari ini! jangan marah ya, hi! hi! hi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETULLAH TU BANG.. NASIB LA.. KADANG2 BELI KERETA OK, KADANG2 NASIB TAK BAIK TU, MACAM2 RAGAM.. SYUKURLAH KERETA YANG SAYA PAKAI NI DAH 5 TAHUN LEBIH TAK PERNAH MERAGAM..

      Delete
  6. baru beli proton thn lepas tp asyik prob je bro...sedihhhhhh kurang berkualiti haaaa

    ReplyDelete
  7. betul tu sokong. dah tau mahal, jangan beli, jangan nak kritik je kan. banyak lagi kereta mampu milik kat luar tu. pandai-pandailah pilih ikut kesesuaian kewangan sendiri =)

    ReplyDelete
  8. Fairus, cuba baca nie, bukan nak menghasut tapi ada betulnya. AKu amik daripada facebook Kami sokong DAP diharamkan seumur hidup https://www.facebook.com/DogAndPig?hc_location=timeline

    FAKTA : Ramai pencacai pembangkang kutuk PROTON, kata kereta buatan Malaysia takde kelass, tapi tahukah anda, rata2 pekerja PROTON dari level bawah sampai level atas (management) adalah anti kerajaan dan anti Tun Mahathir? Dengan kata lain, mereka adalah penyokong pembangkang. Eloklah tu, kutuk kereta PROTON, sebab yang tukang buat tu memang dasar pencacai, aku percaya depa ni sabotaj PROTON. Kita buatlah kereta kebai sekalipun, kalau dah pencacai yang kerja dalam tu, memang kereta kebai jadi kereta lembu lah. Pencacai nak marah? Marahlah. Kalau macam ni gaya, Tun bagi idea hebat macamana pun, takkan menjadi sebab adanya pencacai2 tak sedaq diuntung macam ni. Cadangan aku, pecat jaa semua pekerja proton yang anti Tun, PROTON tak perlukan orang2 macam ni. Get lost! Pi kerja dengan AlJuburi tu, jadi pencacai dia. Duk kutuk2 Tun, tapi bila PROTON ada masalah, duk pi cari Tun jugak. Hak tuihh la! Aku cabar pencacai yang anti Tun berhenti kerja dari PROTON! Ada berani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LA..KALAU ADA UNSUR-UNSUR POLITIK TERLAMPAU NI, PAYAH SKIT AKU NAK KOMEN.. KEKADANG KITA TAK TAHU HAL SEBENARNYA, HANYA DAPAT TAHU DARI SUMBER INTERNET.. WALLAHUAKLAM..

      Delete
  9. so far beli kereta proton xde masalah.... ALhamdulillah,.. tp mmg queen sokongla,, kalo mahal x pyh beli,, beli yg mampu jela.. kan senang,, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. NASIB BAIK LE TU.. ADA ORANG DAPAT KERETA BERMASALAH.. SAYA DAH 5 TAHUN PAKAI KERTA, TAK PERNAH ADA MASALAH.. ALHAMDULILLAH.. TAPI BUKAN PROTON LE..

      Delete
  10. Minat juga nak beli suprima s premium,...dok tengah2 survey macamana kelebihannya,...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.