Sunday, June 9, 2013

CHENTA CREATIVE HIJAB : SETELAH ENAM BULAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Banner facebook fanpage Chenta Creative Hijab

Alhamdulillah, sudah 6 bulan Chenta Creative Hijab beroperasi baik secara on-line dan off-line. Perniagaan isteriku ini, aku lihat perkembangannya sangat-sangat baik. Aku juga memang terasa tempiasnya. 

Kami bermula kira-kira pada bulan Januari 2013 yang lalu. Dengan bermodalkan tak seberapa, kami mula berniaga kecil-kecilan dengan mengharapkan jualan kepada rakan-rakan dan sedara-mara terdekat. Walaupun kecil-kecilan, pulangannya amat menggalakkan lebih-lebih lagi produk tudung kami mendapat pujian dari pelanggan. 

Antara corak rekaan Chenta Creative Hijab

Selepas itu kami mula mengorak langkah agak sedikit agresif. Kami mula membuat facebook fanpage Chenta Creative Hijab dan dari itu, perkembangannya terus menggalakkan.

Antara kelebihan kami ialah menerima tempahan 'custom made' di mana pelanggan boleh memilih corak dan warna yang dikehendaki, dan pihak kami akan mencari kain dan menjahitkan untuk mereka. Pada pendapat kami, konsep menerima tempahan 'custom made' merupakan salah satu kekuatan bagi Chenta Creative Hijab. Walaupun tidak menang tangan dibuatnya, tetapi ianya perlu demi memastikan kepuasan pelanggan kami.

Kini kami tidak hanya menunggu untuk menanti pelanggan datang kepada kami, kami telah keluar dari kepompong dengan menyewa tapak-tapak jualan di jabatan-jabatan kerajaan dan berkanun untuk menjual dan sekaligus mempromosikan jenama Chenta Creative Hijab. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan dan kami tidak serik untuk menyewa tapak jualan tersebut setiap bulan. Insha-Allah di hujung bulan ini kami akan menyewa tapak di suatu festival.

Antara corak rekaan Chenta Creative Hijab

Antara corak rekaan Chenta Creative Hijab

Tidak terhenti di situ, kami juga telah memperkenalkan konsep jualan borong. Alhamdulillah, kini kami telah membekalkan produk kami pada 2 buah butik, 1 di Melaka dan 1 lagi di Pahang. Selain butik, jualan borong juga diambil oleh orang-perseorangan yang berniaga secara kecil-kecilan.

Terbaru ini pihak kami mendapat tempahan dari badan korporat. Alhamdulillah, tidak putus-putus rezeki dari Allah. 

Dalam masa ini, kami saling mengingatkan bahawa, kalau kami susah, itu adalah ujian dari Allah dan sekiranya kami senang, itu juga ujian dari Allah.

Kini kami ingin menguatkan lagi jenama Chenta Creative Hijab. Dalam masa yang sama, kami telah memperkenalkan 'tagging' Chenta Creative Hijab pada semua produk keluaran kami. Kami juga dalam perancangan untuk membuat 'paper bag' untuk menguatkan jenama Chenta Creative Hijab dan sekaligus dapat mempromosikan jenama kami.

Tagging Chenta Creative Hijab

Harapan kami pada suatu hari nanti, untuk membuka butik sendiri. Insha-Allah, semoga Allah makbulkan.

Ps : Apa yang dikongsikan ini bukanlah untuk membangga-banggakan perniagaan aku ini. Sebenarnya aku lebih menggalakkan agar 'orang kita' berniaga. Memang risikonya tetap ada, namun kita perlulah terus menuntut ilmu perniagaan dan pemasaran agar terus bertahan dalam suasana persaingan yang amat besar.

Dulu telah banyak kali terjebak dalam skim-skim yang nak cepat mengambil keuntungan. Itu semua tipu, tak boleh dipercayai. Telah beribu-ribu duit aku habis dalam skim-skim tersebut. Kalau aku tahu, dari dulu lagi aku dan isteri mulakan perniagaan.

Pada sesiapa yang belum like facebook fanpage Chenta Creative Hijab, tolong-tolonglah support kami. Terima kasih. :)

30 comments:

  1. Alhamdulillah , suka sy tgk kawan2 berjaya dalm biz masing-masing..semoga CCH bertambah maju jaya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sy tumpang hepi. Sonok lak baca entri ni.

    ReplyDelete
  3. tahniah geng...semoga rezekimu bertambah lagi

    ReplyDelete
  4. tahniah.. mmg betul.. fikir positif.. kalau org lain boleh berniaga knp kita x boleh ye x? rezeki tu ada di mana2.. blm cuba blm tahu...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah bro.. semakin kencang bisnes sekarang,hehehe. saya doakan akan terus sukses.. :)

    ReplyDelete
  6. tahniah :)
    kepuasan pelanggan, itu yg penting.

    ReplyDelete
  7. semoga perniagaan chenta creative hijab terus berkembang maju...

    ReplyDelete
  8. Tahniah. Smoga business bertambah maju.

    ReplyDelete
  9. b'susah2 dulu, b'senang2 kemudian.. chaiyok2 & good luck!

    ade jual shawl x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA JUGAK.. BOLEH CHECK FAN PAGE DI FB CHENTA CREATIVE HIJAB. :)

      Delete
  10. ALhamdulillah...
    Semoga terus sukses.. =D

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.