Tuesday, November 6, 2012

BAHAN BINAAN DI MELAKA PADA ZAMAN PENJAJAHAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baca saja tajuk entri kali ini seperti saya mahu mengajar mata pelajaran seni bina. Niat di hati begitulah. Harapnya entri ini dapat menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar yang ingin membuat rujukan berkaitan bahan binaan khususnya di Melaka di era penjajahan Portugis, Belanda dan British.

Sebenarnya saya telah diarahkan untuk menjaga pameran bersama Melaka World Heritage Office (WHO) di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersempena Hari UNESCO 2012 pada 3 hingga 4 November yang lepas.

Dalam ruang pameran, dipamerkan maklumat-maklumat berkaitan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia, bahan-bahan binaan di Melaka pada zaman penjajahan, baju kebaya Nyonya, kasut manik Nyonya dan pelbagai lagi termasuk manuskrip Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan lain-lainnya.

Pada masa yang terluang, saya telah menimba sedikit ilmu berkaitan bahan-bahan binaan di Melaka pada zaman penjajahan yang telah disediakan oleh pihak WHO. Dengan sedikit ilmu dan gambar-gambar yang ada saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan rujukan berkaitan bahan binaan ini.

Batu Laterit
Batu Laterit juga dikenali sebagai Batu Lada atau Batu Merah. Binaan bangunan Portugis di Melaka banyak menggunakan batu jenis ini. Ini dapat dilihat pada binaan Pintu Gerbang Santiago (Porta Da Santiago) atau lebih dikenali sebagai A' Famosa. Bangunan lain milik Portugis yang menggunakan bahan ini ialah Gereja St. Paul yang terletak di atas Bukit St. Paul di Bandar Hilir Melaka.

Pintu Gerbang Santiago adalah satu-satunya sebahagian dari Kota Melaka (Fortaleza De Malaca) yang tinggal hingga kini setelah tembok-tembok yang lainnya telah dimusnahkan oleh British. Jika dilihat dari kesan runtuhan Kota Melaka, terdapat penggunaan Batu Laterit ini. Dipercayai sumber Batu Laterit ini diperolehi dari pulau-pulau yang berdekatan seperti di Pulau Upeh. Sehingga kini terdapat bukti yang menunjukan kesan batu-batu ini dipotong / dipahat di pulau tersebut bagi mendirikan Kota Melaka oleh Portugis.

Batu Bata Belanda
Binaan bangunan yang menggunakan Batu Batu Belanda memang banyak terdapat di Melaka, daripada rumah orang perseorangan sehinggalah ke pejabat dan penginapan Gabenor Belanda ada menggunakan bahan jenis ini. Sekiranya kita menyusuri Sungai Melaka, apabila sampai di kawasan Bandar Hilir, pastinya akan ternampak bangunan yang didirikan dengan menggunakan Batu Bata Belanda ini.

Tidak hairanlah mengapa bahan binaan dan bangunan Belanda banyak terdapat di Melaka kerana Belanda merupakan kuasa asing yang paling lama bertapak di negeri Melaka iaitu selama 183 tahun (1641 - 1824) berbanding Portugis dan British.

Selain Batu Bata Belanda, bahan binaan Belanda yang lainnya seperti Jubin Lantai Belanda (Terracotta) yang menjadi lantai di kebanyakan bangunan-bangunan milik Belanda seperti di Stadthuys. Dan juga terdapat Genting Belanda yang juga boleh dilihat pada bangunan Stadthuys.

Jubin Lantai Zaman Belanda (Terracotta)

Genting Belanda
Pada Zaman Inggeris juga banyak juga terdapat tinggalan bahan senibinanya. Antara bahan-bahan binaan yang digunakan pada zaman Inggeris ialah Batu Bata Inggeris, Genting Cina, Genting India dan Genting Marseilles. Namun ada juga yang mengatakan bahawa jenis Genting Cina adalah dari zaman Belanda, begitu juga Genting India, dikatakan ianya sejak di zaman Portugis.

Genting India

Genting Marseilles

Batu Bata Inggeris

Genting Cina

Diharap entri ini dapat menjadi salah satu sumber rujukan kepada mereka-mereka yang sedang menjalankan kajian / tugasan berkenaan bahan binaan di Melaka semasa zaman penjajahan.

Entri Tambahan :

:: Kata-Kata FairusMamat ::




23 comments:

  1. info yang menarik kawan...pasti ada yang akan mengajinya nie

    ReplyDelete
  2. wah.... berguna pada mereka2 yang selalu ingin maklumat2 begini utk dijadikan ujikaji mereka.. terbaik bro :)

    ReplyDelete
  3. nanti nak kutip seketul seketul! keh keh keh!

    ReplyDelete
  4. batu bata zaman dulu ni still kukuh sampai sekarang kan. tgk la kota a famosa tu, elok je sampai skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. IKUT KAJIAN, BAHAN BINAAN ORANG DAHULU MEMANG TAHAN..

      Delete
  5. saya tak pernah tahu pun.. bagus jugak bila ada rakan blog yg kerja bahagian sejarah ni.. nice info incek fairus.. [^__^]

    ReplyDelete
  6. FTR : SAYA PUN BELAJAR-BELAJAR JUGA..

    ReplyDelete
  7. mane blh dptkan genting belanda...?

    ReplyDelete
  8. ANGAH : KALAU NAK LIHAT SAJA, DI MUZIUM SEJARAH ADA LE.. KALAU NAK BENDA NI, IANYA DITEMPAH KHAS..

    ReplyDelete
  9. ANGAH : SAYA TIDAK PASTILAH PULA.. BIASANYA KALAU ADA PROJEK KONSERVASI BANGUNAN, PIHAK KONTRAKTOR YANG PERLU PERGI MENEMPAH BAHAN INI DENGAN MATERIAL DAN RUPABENTUK YANG SERUPA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. p/s : kalau batu laterit ni JWN tempah kat thailand..material dia memang sama...:)

      Delete
    2. HEHE.. BAGUSNYA ADA YANG BANTU MENJAWAB.. :)

      Delete
  10. really thank you !!!! im going to finish my pt3 assignment !! thank you !! its really useful!! <3

    ReplyDelete
  11. Sangat membantuuu😍 thankyouuu

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.