Wednesday, August 8, 2012

MILO : AKHIRNYA SEMPURNA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa yang sempurnanya? Bukan sempurna apa pun, cuma yang sempurnanya ialah saya berjaya mengumpulkan keempat-empat gelas Milo edisi terhad yang sedang berada di pasaran sekarang.

Erm.. Memang banyak dugaan betullah semasa mahu mendapatkan gelas-gelas ini. Sudahlah mendapat info berkenaan kemunculannya di pasaran. Cari punya cari di pasaraya besar, haram tiada menjualnya. Dua, tiga pasaraya jugalah cari pergi mencari, hasilnya mengecewakan.

Nak dijadikan cerita, isteri saya pergi ke kedai runcit dan telah menemui pek Milo yang mempunyai barangan percuma berupa gelas Milo ini. Kerana beliau mengetahui akan niat saya sedang mencari gelas Milo ini, akhirnya beliau membelikan satu pek Milo dan percumanya gelas Milo edisi 1990-an.

Dalam menghampiri musim perayaan ini, saya mula membajet kewangan saya. Bagaimana agaknya saya mahu memperolehi kesemua gelas ini? Akhirnya saya SMS abang-abang dan kakak saya supaya membeli Milo dengan saya. Mereka bersetuju dan dengan pantas saya ke kedai runcit yang sama untuk mendapatkan 3 pek lagi Milo 1 kilogram berserta gelas-gelasnya sekali. 

Fuh, panjang juga ceritanya untukmendapatkan gelas Milo ini. Sudahlah, layan saja koleksi Milo terbaru yang saya peroleh ini... :D

Dalam kotak lagi tu...

Baru lihat luar, sudah terbayang apa di dalamnya

Ehem... Ehem...

1950-an

1970-an

1990-an

2012

24 comments:

  1. itulah strategi! syabas, tapi stok milo saya akan terjual lepas raya :)

    ReplyDelete
  2. IARYYLR : SIAPA LAGI YANG AJAR KALAU BUKA SIFU IARYYLR.. HAHAHA

    ReplyDelete
  3. terbaiklah korang beua...haha sy suka sikap kegigihan anda.

    ReplyDelete
  4. hehehehe..terbaiklahh..apa² pun syabbass bettey :P

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum ...

    Waahh .. patutla beriya. Takda dah mug cmtu tu. Logo klasik. Ni simpan je ke atau guna jugak? ^^

    ReplyDelete
  6. bang mesti ada almari khas untuk letak koleksi2 milo ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. DALAM PERANCANGAN. SEKARANG LETAK DI ALMARI BIASA JE..

      Delete
  7. kalau dah minat tu.. mmg sanggup buat apa saje kan.... mmg terbaiklah...

    ReplyDelete
  8. QUEEN : A'AH.. MANA TAU NI..? :)

    ReplyDelete
  9. wah..macam2 cara untuk mendapatkan cawan milo tu ye bro??hehehe

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum ...

    Salam Ramadhan 21. Terima kasih kerana slalu drop komen ^^

    ReplyDelete
  11. wahhhh limited edition tuh !! ;)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.