Monday, June 18, 2012

MENGUMPUL CAWAN KERTAS EPISOD (3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, sebelum berceloteh saya harap anda bacalah entri yang INI dan yang INI supaya anda tidak pelik dengan hobi mengumpul cawan kertas yang sedang saya lakukan ini.

Baru-baru ini saya pergi lagi ke pasar raya "Biru" untuk memburu cawan kertas. Alhamdulillah, perburuan berhasil dengan dapat memperolehi 8 jenis cawan kertas. Satu kepuasan juga hobi mengumpul cawan kertas ini, iyalah dapat memperoleh cawan kertas yang pelbagai jenama dan corak yang pastinya satu hari nanti akan menjadikan ia satu dari tinggalan memori yang indah.

Saya nak berterima kasih kepada blog Hobby & Collection yang membuka hati dan minat saya untuk berkecimpung dalam arena mengumpul cawan kertas.

Okey.. Tak perlu berceloteh panjang, layan saja koleksi terbaru cawan kertas yang saya perolehi ini...

Burger King, Nesvita, Tumix, Nescafe, Campbell's, Dugro, F&N, Yakult dan Alicafe

Cawan Burger King bukan dapat di pasaraya 'biru'.

Menarik tak?

15 comments:

  1. Syabas! saya pun belunm dapat burger king dan campbell's :)

    ReplyDelete
  2. IARYYLR : BURGER KING TU BUKAN CAWAN KERTAS BANG, CAWAN POLISTERIN. TAPI SAYA SEBAT JUGAKLAH..

    ReplyDelete
  3. ko ni bro..kalau dah minat memang tak boleh nak kata apa dah.....hehehe

    ReplyDelete
  4. AMRY : JOM JOIN MAIN KUMPUL-KUMPUL NI.. SERONOK..

    ReplyDelete
  5. best ini.. kalau jadi hobby tapi tidak tahu nak simpan kat mana...

    ReplyDelete
  6. nanti kalau saya dapat cawan kertas, saya kumpul2 kasi sama kamu ya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYA : KECIL TAPAK TANGAN, SATU ALMARI SAYA TADAHKAN. :)

      Delete
  7. REDLOMO : BOLEH SIMPAN MANA-MANA.. BUKAN BESAR SANGAT PUN CAWAN NI..

    ReplyDelete
  8. semua koleksi ni simpan di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. QUEEN : BUAT MASA NI, SIMPAN DI DALAM ALMARI JE DULU..

      Delete
  9. Cool gak kan? Tp takde tmpt nak ltk la cawan2 nie. Sy dulu pun suke kumpul. Bukan takat cawan. Tp bekas makanan pun; mcm kotak Happy Meal, Chicky Meal, paper bag, brown bag....dulu sy designer. So sy mmg suke kumpul utk jadikan reference. Tp skg dah tgl kenangan. Byk2 yg sy kumpul tu ntah pegi mane. Bag2 tu pun ntah mane la mak sy letakkan nye...sy sokong awak mengumpul brg2 nie. Bt sy nak mengumpul kembali.

    =D

    ReplyDelete
  10. FARA : MASIH BELUM TERLAMBAT.. BOLEH KEMBALI MENGUMPUL... SERONOK..

    ReplyDelete
  11. minat yang unik geng...barangkali masa kita belajar tu...ko ada simpan lagi gelas masa di asrama dulu...hehehe

    ReplyDelete
  12. KANCIL : OOHH TIDAK.. MINAT NI BARU SAJA MUNCUL..

    ReplyDelete
  13. ooo cawan polistrin rupanya, ingatkan polis entri! keh keh keh!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.