Friday, May 4, 2012

BLOGGERS DAN FACEBOOKERS JADIKAN BOB KUMAN MATI HIDUP SEMULA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, takziah diucapkan kepada ahli keluarga Bob Kuman di atas kematiannya semalam dan Al-Fatihah saya sedekahkan, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sekiranya ada yang masih ingat, sebelum berita kematian sebenar Bob Kuman ini, terlebih dahulu ada satu khabar angin yang berlaku pada minggu lepas yang mengatakan bahawa Bob Kuman telah meninggal dunia. Padahal, pada masa yang sama beliau sebenarnya masih hidup. Khabar angin tersebut tersebar luas di dunia internet lebih-lebih lagi di laman Facebook.

Ada pengguna yang tanpa usul periksa telah mengongsikan berita tersebut dan terus dikongsi oleh jaringan-jaringan pengguna Facebook yang lain sehingga meletup satu Malaysia mengetahui perkhabaran yang tidak benar itu. Namun, penafian telah dibuat oleh Bob Kuman sendiri melalui rancangan hiburan di televIsyen seperti di Melodi di TV3 dan Gala TV di Astro.

Moral dari kejadian ini ialah, JANGAN SEBARKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG KITA SENDIRI TIDAK TAHU, baik di internet mahupun di apa-apa media sekalipun. Takut nanti boleh jadi fitnah seterusnya orang yang terkena fitnah tersebut pastinya tidak tenang hidup dan perasaannya.

Kini, segalanya telah terbukti, Bob Kuman telah pergi meninggalkan kita dan industri hiburan. Lakonan dan lawaknya pastinya akan dikenang. Beliau adalah seorang pelakon yang hebat, santai dan bersahaja. Sekali lagi, Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

17 comments:

  1. memang tersebar meluas berita benar tersebut, takziah dan Al Ftihah utk aruah Bob Kuman...yg bagus lebih ramai kalau doa dan sedekahkan al-fatihah itu sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  2. CL : SAYA MAKSUDKAN KHABAR ANGIN YANG LEPAS..

    ReplyDelete
  3. dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

    ReplyDelete
  4. jadi blogger perlu ada etika... keluarkan berita yang betul jer.. plz next times

    ReplyDelete
  5. GEDEK : YA BANG.. BEGITULAH KITA AKHIRNYA..

    IDZHARYAACOB : SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT..

    BECKHROOY : TAKZIAH BUAT KELUARGANYA..

    REDLOMO : YA.. ITU PERLU..

    ReplyDelete
  6. p/s...klu nk promosikan blog di blog sy...buat je entri segmen tu dulu sbg syarat join. header blog fairus sy copy jer nt...tq.

    ReplyDelete
  7. peringatan buat kita jangan cepat sebarkan berita yang tidak sahih..

    Al-Fatihah buat yang telah pergi..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum

    jelas disini semua pengamal media sosial perlu bertanggungjawab atas segala laporan yang hendak mereka tulis. jika tidak, ia hanya menyebarkan sebuah fitnah yg sgt dasyat

    ReplyDelete
  9. SAHROM : WAALAIKUMUSALAM... SEPATUTNYA SIAPA YANG RASA BERSALAH KENA TAMPIL MEMOHON MAAF..

    ReplyDelete
  10. btol tu...sebelum kita nak sebarkan maklumat yg diterima... pastikan dulu..dari mana sumber tu.. bukannya main redah je...

    ReplyDelete
  11. CMA : YA BETUL.. JANGAN MAIN SUKA-SUKA KONGSI MAKLUMAT TANPA USUL PERIKSA..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.