Thursday, April 19, 2012

WANITA ITU





Wanita Jiwanya Diisi Tabah
Wanita Hatinya Punya Tulus
Wanita Kulitnya Licin Halus
Wanita Hidupnya Amat Tuah

Dia Dicintai
Dia Dilindungi
Dia Penyejuk Hati
Dialah Mahligai Sanubari
Dialah Penyeri Tatkala Sepi

Tidak... Tidak...
Wanita Bukan Perhiasan
Bukan Juga Barang Mainan
Usah Dibuat Ikut Suka Tuan
Kelak Punah Binasa Badan

Kelembutan, Keayuan Bukan Alasan
Sedang Tangan Lagi Membuai
Mampu Mengoncang Dunia
Mampu Duduk Tengadah
Sama Tinggi Sama Rendah

Bukan Lagi Mimpi
Wanita Bukan Kebelakang Zaman
Wanita Punya Azam Kedepan

Hormat, Kasihlah Wanita Itu
Kerna Itu Asal Usulmu

F.B. Mamat
19 April 2012
Bandar Hilir, Melaka

Lagi sajak-sajak F.B. Mamat ---> KLIK

8 comments:

  1. wah...pandai ko bersajak bro?aku bab2 susun ayat ni fail..hehe

    ReplyDelete
  2. harus sesekali puji mereka , ...aku juga bangga kerana ibuku juga dikalangan mereka.

    ReplyDelete
  3. PCL : YA.. HARUS DIPUJI WANITA INI..

    ReplyDelete
  4. FARA : YE KE TERSENTUH NI..? WAH, DAH BOLEH JADI SASTERAWAN LA SAYA NI.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.