Wednesday, June 29, 2011

BAHAYA KANTA LEKAP (CONTACT LENS)

Kanta lekap kini telah menjadi gaya masa sekarang dengan berfungsi sebagai pengganti cermin mata. Ianya dilihat amat relevan kepada penggunanya lebih-lebih lagi kepada para atlet sukan.

Namun, kini kanta lekap ini dilihat bukan sahaja digunakan oleh mereka yang rabun, tetapi ia juga digunakan sebagai gaya masa kini. Bukan sahaja ianya tidak mempunyai power malah pelbagai warna boleh didapati bagi membolehkan mata seseorang menjadi berwarna biru, hijau, coklat dan sebagainya.

Dalam penggunaan kanta lekap ini, kebersihannya perlu diambil berat. Pengguna tidak boleh mengambil remeh terhadap kebersihan kanta lekap kerana ia mampu memberikan kemudaratan pada mata pengguna.

Kebiasaannya semasa membeli kanta lekap, ianya akan disertakan sekali dengan cecair pencuci kanta tersebut. Cecair pembersih ini begitu penting bagi memastikan kanta lekap ini sentiasa dalam keadaan benar-benar bersih dan dapat digunakan dengan selamat.

Kanta lekap yang tidak dibersihkan atau kotor apabila dipakai pastinya akan membawa kemudaratan pada mata si pemakai. Baru-baru ini ada satu kes yang berlaku di mana seorang pemakai kanta lekap telah mengidapi mata bernanah di bahagian anak matanya akibat menggunakan kanta lekap yang mungkin tidak dibersihkan dengan sempurna. Perkara ini dilihat serius kerana ianya telah menyebabkan kecederaan pada pengguna.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, kanta lekap sememang cantik dan sesuai digunakan, namun dalam menggunakannya, aspek kebersihan perlulah dititikberatkan bagi memastikan ianya selamat digunakan.

(Ps : Artikel ini ditulis berdasarkan kepada seorang pesakit yang sama wad dengan anak buah aku di Hospital Besar Melaka baru-baru ini)




8 comments:

  1. ee..takut gak, tapi ieda memang tak pakai kanta lekap, beli tapi tak pakai, sebab takuttttt hehehhehe :)

    ReplyDelete
  2. IEDA : BOLEH PAKAI, TAPI KENALAH JAGA TAHAP KEBERSIHANNYA..

    ReplyDelete
  3. ramai yang tahu bro pasal kanta lekap ni, memang kena jaga kebersihan kaw-kaw nyer,kalau tak......macam aku yang hari tenyeh mata aku ni memang tak boleh pakai la.

    wah...ada BI version ni bro.ko sendiri erk yang karang,pandai gak BI ko (aku tak baca BI nyer sebab BI aku out.hehe) entry BI senang ada kelebihan SEO :)

    ReplyDelete
  4. AMRY : AKU BARU TAHU YANG CONTACT LENS NI BAHAYA..

    BI AKU PUN TAK BERAPA SANGAT BRO.. NI TRANSLATE GUNA INTERNET JE..

    ReplyDelete
  5. thnks , info bagus utk mereka yg baru nk berjinak2 dgn gaya terkini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT DAN MAKLUMAN KEPADA PARA PENGGUNA..

      Delete
  6. Bila AJ sendiri dah kene...
    Baru tau macam mana azab dan seksanya....
    2 ari hilang punca, mata tak boleh bukak....
    Serik terus...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.