Tuesday, February 1, 2011

KENAPA KAPAL SELAM?

Gambar : Laman web TLDM

Hari ini aku publishkan gambar Kapal Selam milik Malaysia iaitu KD Tunku Abdul Rahman. Kenapa ye? Pasal aku telah diberikan tugas oleh Bos Besar untuk menyiapkan Kertas Cadangan Penubuhan Muzium Kapal Selam. Dalam syok buat kertas kerja ni, sempat juga aku buat satu entry ni.. Bukan apa, nak selang selikan sedikit, iklan lah katakan.. Puas nak cari maklumat pasal kapal selam ni.. Bukak laman web itu, bukak laman web ini.. Bagus juga ada internet ni, pencarian maklumat kini lebih mudah.

Tapi dalam pencarian maklumat tu, kita perlu juga menilai, samada maklumat itu benar atau sebaliknya. Sebaiknya, bagi tugasan formal, kita kena rujuklah pada laman web yang rasmi, atau yang benar-benar boleh dipercayai. Takut nanti dapat pulak maklumat palsu.

Nak diceritakan lagi, aku suka buat kerja macam ni. kalau diberikan tugas macamni secara tidak langsung aku akan mempelajari sesuatu. Kalau dulu aku tak tau sangat pasal kapal selam, kini adalah juga maklumat yang aku tahu pasal kapal selam ni. Kiranya orang tak boleh tipu aku pasal kapal selam.. :)





Sedikit maklumat ingin aku kongsikan. Malaysia kini mempunyai 2 buah kapal selam iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak. Terdapat juga sebuah kapal selam latihan iaitu Ouessant yang kini dicadangkan untuk dijadikan muzium memandang tempoh perkhidmatan kapal selam ini sudah lama dan sudah tidak praktikal serta kos yang tinggi untuk dibaik pulih.

Di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara ketiga yang mempunyai kapal selam selepas Singapura dan Indonesia. Kini Singapura mempunyai enam buah kapal selam, Indonesia dua buah dan Malaysia dua buah kapal selam.

9 comments:

  1. hehe..good job in finding the information...

    ReplyDelete
  2. pergh singapore 6 biji, biarpun negara dia kecil, tpi kaya bapak... :D

    ReplyDelete
  3. byknyer singapore ada kapal selam..diaorg simpan kat mana???

    Meh singgah: Ada Org Mencarut2 kat Blog Kita!!!

    ReplyDelete
  4. Malaysia guna kapal selam bila?ada info tak?yg gov beli bru tu dia guna tak?ke bakal dibuat *muzium* gak..(maaf klu soalan kontroversi.tp kata buat research kan kan. *wink*)

    ReplyDelete
  5. FMAN : SINGAPORE, MALAYSIA, INDONESIA BELI SEMUA SECOND HAND PUNYA.. :)

    FADHEELA : MASING-MASING ADA PENGKALAN KAPAL SELAM. SELAIN ITU MUNGKIN MEREKA MEMBUAT RONDAAN DI SEKITAR PERAIRAN MEREKA..

    AIRANIEZ : MALAYSIA GUNA KAPAL SELAM BILA? BILA ADA PERANGLAH.. :p BUKAN MAKSUD BEGITU, KAPAL SELAM NI SEBENARNYA UNTUK MENGUATKAN PERTAHANAN NEGARA. KAPAL SELAM MERUPAKAN SENJATA YANG PALING DITAKUTI KERANA SUKAR UNTUK DIKESAN. SELAIN ITU DENGAN TORPEDO KAPAL SELAM, MAMPU MEMUSNAHKAN SESEBUAH KOTA DENGAN TANPA DIKESAN.. HEBAT KAN?

    YANG DUA LAGI DIGUNAKAN. DITEMPATKAN DI PENGKALAN KAPAL SELAM DI TELUK SEPANGGAR, SABAH. MEREKA MENJAGA PERAIRAN MALAYSIA.. OPERASI-OPERASI DIA TAK TAULAH.. RAHSIA..

    ReplyDelete
  6. AIRANIEZ : YANG SATU NI JADIKAN MUZIUNM KERANA IA MERUPAKAN KAPAL SELAM LATIHAN DAN SUDAH LAMA BERKHIDMAT DALAM TLDM DAN MEMPUNYAI KOS YANG AMAT TINGGI UNTUK PENYELENGGARAAN. YANG DUA LAGI KD TUNKU ABDUL RAHMAN DAN KD TUN ABDUL RAZAK MASIH DIGUNAKAN.

    ReplyDelete
  7. oh..thnks for the info.baguslah kalau digunakan utk jaga keselamatan di perairan..harap dpt mengesan *PATI* yg dtg naik bot haram gak..huhu

    ReplyDelete
  8. AIRANIEZ : CUKUP TAK INFO YANG DIBERIKAN.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.