Thursday, January 30, 2025

Gambar-gambar Yang Kelakar

Siang tadi hampir seharian di rumah emak. Lepas sarapan pagi di kedai, makan roti canai, aku membawa isteri dan anak-anak ke rumah mak.

Setibanya di rumah emak, aku mengemas halaman rumah mak. Selepas tu aku membalut buah nangka yang sudah banyak berbuah. Pokok nangka di halaman rumah mak aku ni memang sering mengeluarkan buah yang banyak. Bayangkan, sebelum aku lahir lagi pokok nangka tu telah ada. Selalunya aku le yang rajin membalut buah-buah tu agar tidak busuk.

Lepas makan tengah hari dan solat Zohor, aku sudah terlelap di atas kerusi kusyen. Sdsar dalam jam 5.00 petang. Jadi malam ni, mata terkebil-kebil tak boleh nak lelap. Jadi aku explore untuk membuat gambar AI, lantas terciptanya gambar-gambar di bawah.

Dalam banyak-banyak gambar ni, mana yang korang suka? Eh! Kelakar ke?























Wednesday, January 29, 2025

Selamat Tahun Baharu Cina 2025

Tahun Baharu Cina 2025 menjelang tiba, membawa bersama harapan baru, semangat yang segar dan peluang yang lebih baik. Tahun ini, kaum Cina menyambut Tahun Ular simbol kekuatan, keberanian dan kebijaksanaan.


Dalam semangat perayaan ini, marilah raikan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sahabat handai. Semoga tahun ini membawa keberkatan yang melimpah, kejayaan dalam setiap usaha dan kebahagiaan yang berkekalan.

Buat rakan-rakan yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan anda selamat. Nikmatilah saat-saat indah bersama keluarga dan jangan lupa berkongsi kasih sayang serta kebersamaan yang menjadi tunjang tradisi perayaan ini.

Gong Xi Fa Cai. Semoga Tahun Baharu Cina 2025 ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik dan kegembiraan kepada semua.

Tuesday, January 28, 2025

Menghayati Ceramah Israk Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Surah Al-Isra’ : 1

Alhamdulillah.. Malam tadi berkesempatan untuk hadir mendengar ceramah di masjid kawasan aku iaitu Masjid Al-Aminin. Ceramah agama tentang peristiwa Israk Mikraj. Penceramahnya ialah PU Yeop atau nama sebenarnya Ustaz Mohd Zainudin Mohamed Zaini.

Yang kiri tu ustaz, kanan pula baru nak start 

Menarik cara penyampaian PU Yeop. Berilmu, suara yang lunak lagi jelas sambil menyelitkan sedikit gurauan. Mungkin tidak mahu para pendengar bosan atau mengantuk.

Baca juga: 
 
Semoga semua jemaah yang hadir di Masjid mahupun yang menonton ceramah secara langsung di Facebook mendapat manfaat dari apa yang telah disampaikan.