Sunday, January 26, 2025

Kenapa Aku Tak Minum Nescafe di Kedai!

Aku percaya, air Nescafe merupakan antara air kesukaan ramai. Aku juga gemar minum Nescafe. Rasa kopi yang enak dan menyegarkan serta aromanya yang harum membuatkan peminum kopi dapat menikmati rasa kopi yang sebenar.


Jika minum di kedai, kita dapati harga Nescafe agak mahal berbanding air kopi biasa atau teh. Harga Nescafe biasanya sama dengan harga Milo. 

Walaupun penggemar Nescafe tapi aku amat jarang memesan Nescafe apabila minum di kedai. Sebab apa? Sebagai insan yang biasa dengan Nescafe, pastinya aku sudah cukup kenal dengan rasa Nescafe. 

Malangnya, pekedai tidak menggunakan Nescafe yang asli, sebaliknya menggunakan seperti Indocafe dan lain-lain kopi atau mencampurkan sedikit serbuk Nescafe dengan kopi lain yang harganya lebih murah ketimbang harga Nescafe.

Sebagai peniaga perlulah jujur. Jika pelanggan memesan Nescafe, berilah Nescafe. Kita pun tahu harga Nescafe sedikit tinggi, kita bayar pun untuk harga Nescafe bukan kopi yang murah. Jangan fikir nak untung sahaja!

Sudah banyak kali terkena seperti ini, jadi aku sudah tidak lagi memesan Nescafe apabila minum di luar. Minum teh o sajalah... 

SR Mini Giveaway 2025


Sudah lama tidak mengemaskini Blog. Idea pun kurang. Inilah kelazimannya. Apabila ada idea, berbagai topik dapat dikongsikan, ketika tiada idea, Blog pun malas dijenguk.

Sedang nak memulakan blogwalking tadi, terperasan pula ada satu giveaway sedang berlangsung. Jadi, ini adalah satu peluang untuk mengemaskini Blog. Sertai giveaway. Hehe...

Kepada rakan-rakan blogger yang berada di muka bumi Malaysia ini, jom sama-sama kita rai dan sokong giveaway yang diadakan oleh blogger Syazni Rahim yang bermula pada 24.01.2025 hingga 15.02.2025. Jika ingin sertai, sila klik di gambar di atas.

Apa lagi? Jom sertai... 

Sunday, January 19, 2025

Dua Malam di Grand Alora Hotel, Alor Setar

Bermula hari ini aku keluar kawasan selama 3 hari (19 - 21 Januari 2025) ke Alor Setar, Kedah kerana esok terdapat mesyuarat yang perlu aku hadiri iaitu Mesyuarat Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang bakal diadakan di negeri ini.

Tempat penginapan aku ialah di Grand Alora Hotel. Jabatan aku yang uruskan. Aku hanya bawa badan dan pakaian sahaja. Kenderaan jabatan pun disediakan, jadi tak perlu risau untuk memandu jauh. Bertolak pagi tadi dalam jam 10.30 pagi dan selamat sampai Alor Setar jam 6.30 petang. Makan masa 8 jam juga. 

Keadaan hotel ok, menarik. Bilik bersih, tandas pun bersih. Kelengkapan pun banyak disediakan seperti seterika, tuala mandi, peralatan mandian dan paling bagusnya tikar sembahyang pun disediakan. Ada hotel tak sediakan tikar sembahyang. 

Pemandangan dari tingkap pun menarik dari tingkat 13 ni. Boleh lihat pemandangan bandar Alor Setar. Di bawah hotel ni terdapat banyak kedai makan, jadi tak perlu risau untuk makan. Jalan kaki sahaja, sangat dekat. 

So far so good, tiada apa nak cerita lagi. Badan pun dah letih, esok pagi nak mula mesyuarat hingga ke petang sebab ada lawatan tapak juga.

Lampu dalam bilik sangat romantik. Lampu sangat sedikit 

Dua katil disatukan tapi duduk seorang je... 

Bolehlah.. Luas juga biliknya. 

Bilik airnya.. 

Macam biasa, tuala mandi disediakan.

Alatan mandian juga ada.. 

Tak tau nak tengok apa, buka tv tadi layan channel BBC, berita gencatan senjata Israel dan Hamas

Bantal tambahan juga ada.. 

Bagus ada seterika, tak perlu nak minta-minta dengan petugas hotel 

Ada masa kita minum, kalau tak ditinggalkan saja. 

Alhamdulillah.. Ada sejadah. 

Pemandangan di sebalik jendela bilik

Bukit tu kelihatan familiar, apa ye nama bukit tu?