Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Wednesday, July 23, 2025

Pemandangan Pagi dari Hotel Grand Alora, Alor Setar

Tangkapan dari aras 11 Hotel Grand Alora

Ini merupakan kali kedua aku menginap di Hotel Grand Alora, Alor Setar. Boleh baca ulasan pertama aku tentang hotel ini di entri ini. Kali ini, aku berada di sini bermula 22 sehingga 29 Julai 2025 bagi mengikuti Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025.

Pagi tadi, aku sempat menikmati pemandangan dari bilik hotel yang menghadap ke arah bandar. Suasana pagi di Alor Setar memang mendamaikan, langit cerah dengan warna lembut, sedikit kabus di kaki langit dan sinar matahari yang perlahan-lahan menyinari bumi.

Dari sini, aku dapat lihat deretan bangunan kedai, jalan raya yang masih tenang dan kawasan sawah serta hijau alam yang luas terbentang. Di kejauhan pula, kelihatan barisan bukit dan gunung yang samar-samar, seolah-olah masih diselubungi kabus pagi.

Inilah keistimewaan Alor Setar, bandar yang membangun tapi masih kaya dengan suasana desa dan kehijauan. Tak hairanlah negeri Kedah dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia".

Bagi aku, pagi seperti ini sangat sesuai untuk memulakan hari dengan semangat baru, lebih-lebih lagi bila terlibat dengan program kebudayaan dan permuziuman yang mengangkat warisan negara.

Sunday, January 19, 2025

Dua Malam di Grand Alora Hotel, Alor Setar

Bermula hari ini aku keluar kawasan selama 3 hari (19 - 21 Januari 2025) ke Alor Setar, Kedah kerana esok terdapat mesyuarat yang perlu aku hadiri iaitu Mesyuarat Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang bakal diadakan di negeri ini.

Tempat penginapan aku ialah di Grand Alora Hotel. Jabatan aku yang uruskan. Aku hanya bawa badan dan pakaian sahaja. Kenderaan jabatan pun disediakan, jadi tak perlu risau untuk memandu jauh. Bertolak pagi tadi dalam jam 10.30 pagi dan selamat sampai Alor Setar jam 6.30 petang. Makan masa 8 jam juga. 

Keadaan hotel ok, menarik. Bilik bersih, tandas pun bersih. Kelengkapan pun banyak disediakan seperti seterika, tuala mandi, peralatan mandian dan paling bagusnya tikar sembahyang pun disediakan. Ada hotel tak sediakan tikar sembahyang. 

Pemandangan dari tingkap pun menarik dari tingkat 13 ni. Boleh lihat pemandangan bandar Alor Setar. Di bawah hotel ni terdapat banyak kedai makan, jadi tak perlu risau untuk makan. Jalan kaki sahaja, sangat dekat. 

So far so good, tiada apa nak cerita lagi. Badan pun dah letih, esok pagi nak mula mesyuarat hingga ke petang sebab ada lawatan tapak juga.

Lampu dalam bilik sangat romantik. Lampu sangat sedikit 

Dua katil disatukan tapi duduk seorang je... 

Bolehlah.. Luas juga biliknya. 

Bilik airnya.. 

Macam biasa, tuala mandi disediakan.

Alatan mandian juga ada.. 

Tak tau nak tengok apa, buka tv tadi layan channel BBC, berita gencatan senjata Israel dan Hamas

Bantal tambahan juga ada.. 

Bagus ada seterika, tak perlu nak minta-minta dengan petugas hotel 

Ada masa kita minum, kalau tak ditinggalkan saja. 

Alhamdulillah.. Ada sejadah. 

Pemandangan di sebalik jendela bilik

Bukit tu kelihatan familiar, apa ye nama bukit tu?