Monday, February 10, 2014

BOLA OH BOLA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Sebiji bola dikejar seramai 22 orang pemain. Ada yang mengatakan ianya bodoh, bola sebiji dikejar beramai-ramai. Tapi itulah bola sepak. Sukan yang paling diminati oleh ramai orang seantero dunia.

Perkembangan bola sepak di Malaysia sekarang tampak meningkat dengan setiap pasukan memperkuatkan skuad masing-masing di samping kewujudan penyokong-penyokong tegar yang ramai dan ultras yang tak henti-henti menyanyi untuk memberikan semangat kepada pasukan kegemaran mereka.

Secara peribadi, aku amat suka dengan perkembangan ini dan aku juga begitu teruja untuk menonton perlawanan bola sepak Malaysia tak kira mana-mana pasukan yang bermain apabila ada perlawanan siaran langsung di kaca televisyen.

Namun, dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa insiden yang amat mendukacitakan sama ada yang berlaku di dalam stadium, luar stadium mahupun di laman maya. 

Apalah guna sekiranya sukan bola sepak ini wujud namun terdapatnya pergaduhan, maki-memaki, provokasi dan pelbagai lagi kelakuan dan perbuatan buruk dimainkan oleh pemain-pemain dan para penyokong. Lebih mengharukan apabila perlawanan telah lama berakhirpun, namun perbuatan maki-memaki dan provokasi terus dimainkan di laman-laman sosial. 

Sudah-sudahlah tu. Kembalikan semula ketenangan dalam sukan bola sepak. Berfikirlah panjang sebelum melakukan dan menyatakan sesuatu. Kita semua mampu mengubahnya kepada yang lebih baik.

Ps : Sekadar pandangan peribadi aku sebagai penyokong Melaka United FA yang hanya bermain di Liga FAM. :)

Sumber gambar >> KLIK <<


Sunday, February 9, 2014

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Terlebih dahulu aku memohon maaf atas jemputan ini hanya dijemput melalui blog saja. Ini adalah jemputan khas bagi pembaca-pembaca setia blog fairus.com.

Dengan rasa bersyukur, terharu dan agak mendebarkan, dengan ini sukacitanya aku menyemput semua pembaca setia blog ini untuk menghadiri majlis tertutup pernikahan kedua aku dan seterusnya ke jamuan kesyukuran yang telah disusun akan diadakan di Dewan Utama Melaka International Trade Centre (MITC) pada ketentuan berikut :

Tarikh : 30 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 1.00 tengah hari - 4 petang

Semoga dengan kehadiran tuan / puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Terima kasih.


























































Copy | Adjust | Paste from Whatapps.
Jangan marah ye.. :)

Thursday, February 6, 2014

FACEBOOK DAH NAK TUTUP WOIII!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Facebook kalau ditutup oleh tokeynya pasti ada yang tension. Lebih-lebih lagi kepada mereka-mereka yang Facebookaholic

Baru-baru ni aku ternampak satu kenyataan gurauan tentang Facebook akan tutup operasinya hujung bulan Februari ni, aku pun ada mengongsikannya di wall aku. Ada pula yang 'gabra' dengan mengomen, "Eh, ye ke?", "betul ke ni?"



Rileks brader, brader rileks.. Bulan Februari mana le ada 29, 30 dan 31 haribulan. 29 haribulan kalau ada pun 4 tahun sekali.