Friday, August 16, 2013

MANCHESTER UNITED MENANDATANGANI 'RAMLI'?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bapa saudara mana yang tak bangga apabila anak buahnya menjadi 'seseorang' yang berjaya dalam  kariernya. Begitu juga aku, amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh anak buah aku Muhammad Nizarruddin Jazi yang kini sedang menjalankan latihan di Manchester United Soccer School (MUSS)

Baru-baru ini dia dan seorang lagi rakannya yang juga dari Malaysia (Terengganu) telah terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS. Di MUSS terdapat ramai pelajar-pelajar dari serata dunia seperti dari Jepun, Itali dan sebagainya.

Semalam terlihat pula status di Facebook kepunyaan dia di mana pada hari ini mereka ada perlawanan. Tak pasti sama ada perlawanan apa, mungkin perlawanan persahabatan. Yang hebatnya dia bakal menjadi ketua pasukan pada perlawanan tersebut. Memang tak padan dengan badan, kecil-kecil cili api!!

Harapnya dia akan terus berjaya.. Manalah tau satu hari nanti benar-benar dapat bermain untuk Manchester United. Manalah tahu kan...

Gambar-gambar dari Facebook Team Malaysia.


Semasa di Stadium Wembley, perlawanan Community Sheild baru-baru ini

3 orang rakyat Malaysia yang terpilih sebagai 'RAMLI'

Bersama rakan MUSS dari Itali

Kedua-duanya terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS

Bukan semua orang dapat bergambar dengan piala Barclays Primier League.. Beliau sangat beruntung!

Wednesday, August 14, 2013

AKULAH YANG BETUL. KAU SALAH, SALAH DAN TETAP BERSALAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Inilah budaya masyarakat kita, sering menyalah dan mencari kesalahan orang lain. Bagaikan seorang ahli politik, apa yang dibuatnya semuanya betul manakala pihak yang bertentangan buat semuanya tidak betul sama sekali.

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar sila KLIK

Kita sebenarnya kerap juga melakukan kesalahan namun kita tak perasan, tetapi apabila orang yang yang bersalah, kita cepat-cepat perasan malahan kita marah-marah lagi. Sepatutnya kita bermuhasabah diri kita dulu sebelum menuding jari terus ke arah orang lain.

Sebagai contoh, semasa di jalan raya, kita kerap akan marah-marah apabila pemandu lain di hadapan kita membelok tanpa menggunakan isyarat membelok, mulalah mulut kita mengumat-ngamit memarahinya. Kalau yang agak 'hardcore' mungkin terus menurunkan cermin lalu menyumpah seranah pemandu tersebut.

Namun, sebenarnya kita juga tidak sempurna, alpa atau buat-buat lupa. Baru 100 meter kita melepasi pemandu tersebut, kita pula yang membelok tanpa menggunakan isyarat. Lalu. pemandu di belakang pula yang memarah kita. Apa kita buat? Kita pula yang memarahinya. Kita tak sedar bahawa kita pun salah sebaliknya hanya menyalahkan pemandu lain. 

Lain pula kisahnya pada seseorang yang suka membuang sampah merata-rata, kita kalau boleh nak saja meminta orang itu memungutnya kembali kerana kesalahannya itu. Namun, pada masa yang sama kita merokok yang mengetis abu rokok tak mengira tempat. Bukankah itu merupakan satu kesalahan yang serupa? Membuang sampah merata-rata. Oh! Itu bukan kesalahan aku, abu rokok mana nampak, tak bersepahpun. Ye... Kita memang pandai., pandai menjawab!

Begitulah penghidupan kita seharian. Sering dan nampak kesalahan orang saja walhal kita juga membuat kesalahan yang serupa. Ya.. Kita memang tidak sempurna. Tidak lari dari membuat kesilapan. Namun, apabila orang lain buat kesilapan, jangan pula kita lebih-lebih seperti kita tidak pernah berbuat salah. 

Ps: Nasihat untuk diri aku sendiri juga.

Agak berkaitan dengan  entri INI.

Tuesday, August 13, 2013

HUJAN METEOR : AKHIRNYA DAPAT LIHAT JUGA...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Jam di dinding menunjukan tepat pukul 2.30 pagi. Pasti ada di kalangan kita sedang memerhati ke arah langit cakerawala untuk menyaksikan fenomena yang dipanggil HUJAN METEOR

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar sila KLIK

Sepertimana orang lain, aku juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan fenomena ciptaan Yang Maha Agong ini. Bukan senang nak lihat fenomena sebegini, aku pun begitu teruja untuk melihatnya.

Namun apakan daya, HUJAN METEOR yang dinanti-nanti tidak dapat kelihatan. Yang pastinya aku hanya dapat melihat jelas titikan HUJAN AIR yang membasahi bumi. Sejuk sungguh malam ini, masuk tidur pun sedap.

Itulah yang aku nak katakan, bukan HUJAN METEOR yang jelas kelihatan sebaliknya HUJAN AIR yang bercucuran dari atas bumbung. Dah, jangan marah ye.. Jom masuk tidur!!!