Wednesday, March 13, 2013
Tuesday, March 12, 2013
JOM SANTAI-SANTAI MELAWAT PAMERAN SOLO ALLENTAN : TRUEFACES COLLECTION II
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Seni visual atau dahulunya dikenali sebagai seni lukis amat berkembang pesat di Malaysia pada zaman kini. Namun, tidak ramai membeli hasil seni kerana masing-masing beranggapan ianya memerlukan kos yang tinggi. Tetapi kita perlu tahu juga bahawa tidak semua hasil seni itu mahal dan hasil seni juga merupakan suatu yang tidak mudah turun harganya. Ianya akan terus menjadi mahal. Semakin lama semakin mahal.
Ok.. Cukuplah sedikit mukadimmah di atas. Hasrat aku hanyalah untuk mewar-warkan sebuah pameran terbaru yang sedang berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi atau lebih dikenali sebagai Bastion House di Bandar Hilir, Melaka.
Pameran ini dinamakan PAMERAN SOLO ALLENTAN : TRUEFACES COLLECTION II yang berlangsung dari 11 Mac 2013 hingga 30 April 2013. Tiada bayaran masuk dikenakan. Pelukis ini pun bukannya asing, beliau sudah beberapa kali mengadakan pameran solo di sini.
Jika ada kelapangan waktu, aku menyusun karpet merah menyemput semua ke pameran ini. Silakan... :)

![]() |
Lokasi pameran |
![]() |
Antara lukisan yang dipamerkan |
![]() |
Pelbagai tema lukisan |
![]() |
Kuda... Lambang kemewahan |
Cukuplah beberapa gambar ini aku sertakan, taruk banyak-banyak nanti orang tak masuk pula ke pameran ni sebab dah tengok gambar dalam blog ni saja.
Monday, March 11, 2013
PENGAWAL DIRAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Kesultanan Melayu Melaka kembali wujud? Oh, tidaklah. Sebenarnya aku hanya mahu memaparkan kakitangan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka yang mengenakan pakaian seperti 'orang dulu-dulu'.

Hulubalang Istana.. |
Kakitangan ini akan memakai pakaian seperti ini pada hari hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad dan berperanan sebagai penyambut tamu di pintu masuk muzium ini.
Bukan sahaja berperanan sebagai penyambut tamu, mereka juga menjadi mangsa model untuk ditangkap gambar bersama, lebih-lebih lagi para pelancong asing yang begitu teruja untuk bergambar.
Ada sesiapa yang agak teruja nak bergambar bersama dua orang pengawal diRaja ni, jomlah melawat ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. (hehe.. kuat promote).
Keluar tajuk sekejab... Melaka dahulu terkenal dengan zaman kesultanannya. Negerinya masyur seantero Nusantara dan Timur, Barat. Namun kini, kesultanannya sudah tiada dan lupus. Tetapi ingat, masih ada yang mengakui dirinya adalah pewaris Kesultanan Melayu Melaka.
Cuba kita berimaginasi sekejab, adakah pada suatu hari nanti yang dikatakan pewaris Kesultanan Melayu Melaka akan menyerang Melaka bagi mendapatkan kembali kekuasaan dan wilayahnya di Melaka sepertimana yang dilakukan oleh Kesultanan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah? Huh, harap-harap tiadalah, negeri Melaka ni sudahlah kecil, mana mahu menyorok kalau diserang. (sekadar gurauan, anggaplah ia sebagai angin lalu sahaja)

Subscribe to:
Posts (Atom)