Saturday, June 11, 2011

JOM BELI BUNGA DENGAN SI GADIS YANG AYU

Gadis dan Bunga

Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu.



(Ps : hehe.. Jom kita nyanyi sama-sama...)




PAHLAWAN TERRACOTTA

Tentera Terracotta adalah Pahlawan dan Kuda Terra Cotta untuk Maharaja China pertama iaitu Qin Shi Huang. Patung-patung terracotta, bertarikh 210 SM, telah dijumpai pada tahun 1974 oleh beberapa petani tempatan berdekatan Xi'an, wilayah Shaanxi, China berdekatan makam Maharaja Qin Pertama. Ketinggian patung-patung ini di antara 183–195 cm (6 kaki–6 kaki 5 inci).

Antara patung yang dijumpai termasuklah pahlawan, kereta kuda, kuda, pegawai, akrobat, orang kuat dan ahli muzik. Dianggarkan terdapat 8,000 pahlawan Terracotta iaitu 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri, sebahagian besar darinya masih tertimbus dalam lubang. Ramai pakar kaji purba percaya bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum dijumpai.

Pahlawan Terracotta di China

Nak tengok Pahlawan Terracota secara dekat? Datanglah ke Pameran Artifak Warisan Islam dan China yang masih lagi berlangsung di Bastion House, Jalan Kota, Melaka.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Friday, June 10, 2011

HARD ROCK CAFE MELAKA

Melaka akan buka Hard Rock Cafe? Kenapa tak percaya? Memang benar negeri Melaka bakal ada Hard Rock Cafe sepertimana yang terdapat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Baru semalam majlis perasmian Hard Rock Cafe Melaka dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Apa yang menariknya ialah ianya dibina ditengah-tengah kawasan warisan di mana ia sentiasa dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar negara. Tetapi ada juga suara-suara yang membangkang pembinaan ini kerana ianya dibina di kawasan utama pemuliharaan warisan, tetapi nak buat macammana, ianya tetap akan terbina. Untuk memastikan bangunan Hard Rock Cafe ini releven dengan bangunan yang ada di persekitarannya, ia akan dibina dengan berkonsepkan bangunan lama. Jadi orang tidak akan terasa berbeza sangat bangunan yang akan dibangunkan dengan bangunan lain yang sedia ada.

Aku sudah tengok model bangunan Hard Rock Cafe ni, dan bangunannya memang bercirikan bangunan lama. Satu lagi nak beritau, ianya sangat berdekatan dengan pejabat aku. Buka tingkap dah nampak Hard Rock Cafe. Nanti dah buka bolehlah aku lepak kat Hard Rock Cafe. Hehehehe..

(Ps : aku tak pernah masuk tempat-tempat sosial camni...)