Monday, October 18, 2010

HOME MADE ICE CREAM (DO IT YOURSELF)


How to make ice cream by yourselff? Peh, speaking London lah pula. Hari ni aku nak ajar bagaimana nak buat ais krim hanya di rumah anda. Resepi ni aku dapat dalam majalah PA&MA, tapi aku sendiri tak pernah buat.. Hehe jangan marah ye..

Mula-mula kita kena sediakan 1 cawan susu berperisa (tak kiralah susu perisa strawberi, susu perisa coklat atau perisa kopi) dan 1 cawan coffee mate. Selepas itu kita campurkan susu berperisa tersebut dengan coffee mate dan kisarkan sehingga berbuih. Setelah itu masukkan ke dalam bekas dan simpan di peti sejuk (tempat ais).

Setelah campuran susu berperisa dan coffee mate tersebut beku, kita keluarkan dari bekas dan kisar semula dengan menggunakan alat pengisar. Selepas tu bolehlah ia dihidangkan dan bolehlah makan.

Nampak macam sedapkan? Lepas ni bolehlah kita sama-sama cuba resepi ini di rumah masing-masing. Pasti lazat. Yummmmmyy...




Friday, October 15, 2010

PROTON INSPIRA DI BUKA UNTUK TEMPAHAN



Inilah dia rupa bentuk Proton Inspira yang hebat digembar gemburkan selama ini. Reka bentuk kereta ini hampir sama dengan model Mitsubishi Lancer GT yang sedang banyak berada di atas jalan raya sekarang. Harga Proton Inspira ini ialah RM 79,888.00 dan kini dibuka untuk tempahan.

So, siapa yang nak beli Mitsubishi Lancer GT tetapi tiada cukup duit, bolehlah beli Proton Inspira ini. Kalau nak beli tu, jangan lupa belikan aku sebuah... :)





BANGGA JADI ANAK MALAYSIA (MALAYSIA BOLEH)

Sukan Komanwel Delhi 2010 telah melabuhkan tirainya malam tadi dengan pertunjukan majlis penutup yang penuh gilang gemilang. Tahniah diucapkan kepada negara India kerana berjaya melaksanakan temasya sukan ini walaupun di awalnya banyak kritikan diterima.

Tahniah juga diucapkan kepada semua atlit Malaysia yang berjaya mencipta sejarah negara dengan menyumbangkan pingat emas tertinggi yang pernah dicapai. Malaysia telah memperolehi 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 13 pingat gangsa di mana keseluruhan pingat yang diperolehi ialah sebanyak 35 buah pingat dan menempatkan Malaysia di tangga ke-7 dalam keseluruhan negara yang bertanding.

Pencapaian Malaysia kali ini memang boleh dibanggakan. Sebagai warga negara Malaysia, kita turut harus berbangga kerana negara kita bukanlah negara yang calang-calang boleh ditandingi dalam bidang sukan.

Malaysia mempunyai 23 pingat perak dan gangsa, sekiranya usaha digandakan sudah pasti 23 pingat ini boleh ditukarkan warnanya menjadi pingat emas. Di harap pada Sukan Komanwel akan datang, atlit Malaysia akan mencipta lebih banyak pingat emas.

Selain itu, kita harus berbangga kerana Malaysia mempunyai atlit yang mempunyai kedudukan nombor satu di dunia iaitu Datuk Nicol Ann David dalam sukan squash dan Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli sukan Malaysia yang lain di mana banyak memenangi pingat di pentas antarabangsa.

Semoga pencapaian terbaik ini dapat dikekalkan dan dipertingkatlah lagi di masa akan datang. Harapan rakyat agar Malaysia mengecapi lebih kejayaan dalam Sukan Komanwel 2014 di Scotland kelak.