Wednesday, September 29, 2010

PENGALAMAN MANIS BERSAMA INNIT NUFFNANG

Aku ni sebenarnya baru sahaja berjinak-jinak dengan blog ni, dan baru bulan lepas aku join Nuffnang. Aku bukan pro pun dengan blog kerana masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. aku tengok blog-blog orang lain, hebat-hebat. Macam-macam fungsi ada pada blog mereka. Tapi tak apalah, aku belajar perlahan-lahan.

Apa yang aku nak kongsikan ni ialah pasal INNIT NUFFNANG. Benda ni pun baru saja aku berjinak-jinak. Biasanya blog aku hanya dikunjungi kurang 10 orang setiap hari. Aku hanya promote pada FACEBOOK saja. Biasanya aku akan buat posting sekurang-kurangnya 3 topik setiap hari tapi tetap tidak ramai pengunjung. Tapi semalam ada satu tajuk yang aku poskan di INNIT NUFFNANG, sampai sekarang pengunjung di blog aku tidak henti-henti walaupun aku tidak membuat sebarang posting hari ini (walaupun tanpa henti, tapi taklah ramai sangat berbanding pro blogger yang lain).

Terima kasihlah kepada INNIT NUFFNANG kerana menjadi medium baru untuk aku mempromosikan blog aku. Kepada yang membaca, terima kasih juga aku ucapkan. SELAMAT BERKONGSI IDEA DAN PENDAPAT.







Tuesday, September 28, 2010

BERITA PENTING BAGI PEMINJAM PTPTN

Pihak PTPTN telah mengeluarkan tawaran untuk kepada peminjam PTPTN yang lepas-lepas untuk memohon penukaran pinjaman kepada Pembiayaan Ujrah iaitu hanya sebanyak 1% faedah dikenakan.




Ini adalah permohonan, jadi sesiapa yang terlibat sila pohon sekarang untuk mendapatkannya. Sila klik di bawah untuk membuat permohonan.

KLIK DI SINI

MCA 1 MILIK SIAPA?

Sekarang ini nombor pendaftaran kenderaan di negeri Melaka sudah ke abjab MBY. Tidak lama lagi abjab berikutnya akan berubah ke abjab MCA. MCA merupakan singkatan bagi satu parti politik di Malaysia iaitu Malaysia Chinese Association. Adakah mungkin nombor pendaftaran ini akan menjadi rebutan kepada ahli-ahli politik di dalam parti tersebut?


Siapakah yang bakal menggunakan nombor pendaftaran MCA 1? Adakah ianya akan menjadi milik Presiden MCA, Timbalan Presiden MCA, Ketua Wanita MCA ataupun Ketua Pemuda MCA mahupun orang kebanyakan yang lain? Berapa pula harga bagi nombor pendaftaran tersebut? Bersabar, mari kita tunggu dan lihat siapa pemiliknya nanti.