Showing posts with label tradisional trade. Show all posts
Showing posts with label tradisional trade. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

PERNIAGAAN TRADISI NEGERI MELAKA (WARISAN TIDAK NYATA)

Melaka merupakan negeri bersejarah dan kini, sejak 7 Julai 2008, Melaka telah dikenali sebagai Bandaraya Warisan Dunia di mana segalanya ada terdapat di Melaka. Benarlah apa yang di kata, Melaka – Di Mana Semuanya Bermula. Kegemilangan Melaka sebagai Bandar ulung sejak 600 tahun dahulu kini berulang kembali.

Dengan pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Melaka dilihat kekal seperti dahulu, menjadi negeri warisan dengan bangunan-bangunan bersejarah yang tersergam indah, penduduk berbilang bangsa dengan pelbagai budaya, makanan pelbagai rasa dan busananya yang pelbagai rupa.

Dengan kesedaran yang ada dari sudut memelihara warisan tidak nyata berbilang masyarakat di Melaka, usaha mengenengahkan aktiviti perniagaan tradisi dan makanan tradisi yang semakin terancam kedudukannya semakin dipergiatkan kerana dikhuatiri ianya akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha mempertahankannya.






PERNIAGAAN TRADISI

1. Perkhidmatan Mengurus Kematian

Sin Hock Siew
No. 30, Jalan Tukang Besi, Melaka.

Menjalan urusan menguruskan kematian bagi masyarakat Cina sejak 30 tahun yang lalu. Beliau juga merupakan pembekal pelbagai peralatan bagi upacara kematian seperti keranda tradisional dan moden, pakaian, perhiasan dan sebagainya.

2. Tukang Jahit

Agnes S.K. Chew
No. 110, Jalan Tokong, Melaka.

Kedai jahit Fesyen Classic telah diusahakan oleh Agnes Chew sejak 30 tahun yang lalu. Kemahiran menjahit telah diwarisi daripada ibunya.

3. Sewaan Buku

Hew Lee Min
No. 112, Jalan Tokong, Melaka.

Minat Hew Lee Min untuk menjalankan perniagaan ini timbul daripada hobi mengumpulkan komik dan kini beliau telah mengumpulkan lebih 60,000 koleksi yang terdiri daripada pelbagai jenis komik, majalah dan buku-buku akademik.

4. Tukang Kasut

Mike Cho Wah Yean
No. 52, Jalan Bunga Raya, Melaka.

Sejak kecil lagi Mike telah membantu bapanya menjalankan perniagaan membuat dan membaiki kasut secara tradisional dan kini beliau telah meneruskan perniagaan tersebut dengan 3 orang pembantu.

5. Kedai Ubat Cina

Tan Mon Peng
No. 80, Jalan Bunga Raya, Melaka.

Dipercayai perniagaan keluarganya ini telah bertahan hampir 60 tahun sehingga kini. Selain daripada menjual pelbagai ubat akar kayu dan herba Cina, perkhidmatan tabib Cina juga disediakan. Pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa.

6. Tukang Jahit

Quah Sim Sim
No. 11, Jalan Kee Ann, Melaka.

Kedai menjahit pakaian ini telah beroperasi di kampung Jawa sejak 30 yang lalu. Banyak menerima tempahan pakaian seperti baju kurung, kebaya dan baju Melayu lebih-lebih lagi apabila menjelang musim perayaan.

7. Sulaman dan Jahitan Baju Kebaya Nyonya

Roslani binti Mahlun
No. 27, Jalan Laksamana, Melaka.

Telah mengusahakan perniagaan jahitan dan sulaman baju kebaya sejak 45 tahun yang lalu di Bandar Melaka. Beliau menjual pelbagai jenis kebaya nyonya dan kain sarung dan menerima tempahan jahitan serta sulaman kebaya.

8. Sulaman dan Jahitan Baju Kebaya Nyonya

Khatijah binti S.M. Hamed
No. 7, Jalan Laksamana, Melaka.

Telah mengusahakan perniagaan menjahit pakaian dan baju kebaya nyonya sejak 20 tahun yang lalu. Beliau mempunyai kemahiran menjahit pelbagai jenis sulaman dan menjahit pelbagai jenis pakaian setelah mempelajari seni tersebut di Singapura sekitar tahun 1965 hingga 1967.

9. Pajak Gadai

Lai Pon Ken
No. 44, Jalan Kampung Pantai, Melaka.

Perniagaan keluarga ini dianggarkan telah beroperasi selama 55 tahun dan masih mendapat sambutan dari masyarakat dari kawasan sekitar. Selain daripada urusan pajak gadai, beliau turut menjual pelbagai jenis barang kemas.

10. Keranda Cina

Chong Kwee Kim
No. 86, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka.

Kemahiran bertukang membuat keranda telah diwarisi daripada bapanya. Keranda yang dihasilkan biasanya diperbuat dari sebatang pokok kayu yang dikenali dengan nama Kelerang.

11. Tukang Jahit

Kong Kam Heng
No. 80, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka.

Seketika dahulu, premis perniagaan ini sering mendapat tumpuan golongan kenamaan termasuk beberapa orang gabenor negeri Melaka dari tahun 1958 hingga 1984. Kini beliau banyak menerima tempahan pakaian tradisional dari pelanggan tetap serta penduduk sekitar.

12. Chettiar

Muthu Palayenaippaa
No. 111, Lorong Hang Jebat, Melaka.

Golongan Chettiar adalah satu bangsa yang datang dari Coromandel atau Malabar di India ke Melaka sekitar tahun 1800-an untuk berdagang dan mereka telah menjadikan hasil jualan tersebut sebagai modal untuk menjalankan perniagaan memberi pinjam wang dengan kadar bunga yang tertentu.

13. Peralatan Sembahyang Cina

Wee Chow Choon
No. 10, Jalan Tokong, Melaka.

Perniagaan ini telah diusahakan sejak tahun 1969 dan kini terpaksa bersaing dengan bahan-bahan yang dihasilkan oleh kilang-kilang daripada kertas yang lebih murah dan ringkas.

14. Mengunting Rambut

William
No. 912T, Jalan Kampung Kuli, Melaka.

Telah diusahakan sejak 10 tahun yang lalu di Jalan Kampung Kuli. Kemahiran menggunting rambut telah diwarisi daripada bapanya. Kedai gunting ini masih menggunakan peralatan dan perabut-perabut lama milik bapanya yang dipercayai telah berusia 60 tahun.

15. Kedai Ubat Cina

Sherry Ho
No. 99, Jalan Bunga Raya, Melaka.

Dipercayai perniagaan keluarga ini telah bertahan hampir 50 tahun sehingga kini. Kedai ubat ini menawarkan pelbagai jenis herba dan ubat-ubat tradisional Cina untuk penawar penyakit seperti kencing manis, sakit pinggang, demam dan sebagainya.

16. Pertukangan Keluli

Yong Nam Hin
No. 75, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Perniagaan yang telah beroperasi selama 90 tahun ini masih lagi mengekalkan cara penghasilan barangan keluli secara tradisional. Antara barangan yang dihasilkan ialah loyang pembakar kuih, acuan kuih, takung dan baldi.

17. Ukiran Kayu

Ting Wee Chia
No. 87, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Bahan yang digunakan untuk membuat papan tanda biasanya dari kayu yang bermutu diukir dengan kaligrafi cina dan dihias dengan gold wafers.

18. Kasut Manik dan Kasut Kecil

Lim Chiang Huat
No. 84, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka.

Lim Chiang Huat telah mewarisi perusahaan membuat kasut manik dan kasut kecil dari bapanya sejak 30 tahun yang lalu. Kasut ini dibuat dengan menggunakan bahan-bahan seperti kain sutera, benang emas dan manik yang beraneka warna.

19. Tukang Jahit

Bee Nah
No. 11, Jalan Kee Ann, Melaka

Telah menceburi bidang menjahit pakaian sejak 30 tahun yang lalu. Menyediakan khidmat tempahan dan mengubahsuai pakaian baju kurung, kebaya, baju Melayu dan sebagainya.

20. Chettiar

Muthu Veerappan
No. 105, Lorong Hang Jebat, Melaka.

Mewarisi pekerjaan sebagai chettiar daripada datuk beliau dan masih lagi menyimpan peti-peti besi serta peralatan yang digunakan oleh keluarganya sewaktu berurusniaga pada masa dahulu.

21. Pertukangan Keluli

Yong Der Chyang
No. 83, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Perniagaan ini berusia 90 tahun dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi. Mengekalkan cara penghasilkan secara tradisional dengan turut menggunakan beberapa buah mesin manual seperti bender dan roller keluaran era 1980-an.

22. Pertukangan Keluli

Yong Ah Kau
No.63, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Sudah beroperasi sejak 100 tahun dahulu yang diwarisi secara turun temurun. Beliau menghasilkan barangan keluli seperti takung dan baldi.

23. Pertukangan Keluli

Tee Quek Siong
No. 15, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Perniagaan dan kemahiran pertukangan keluli telah dipelajari dari pemerhatiannya terhadap pengusaha tong-tong keluli sekitar tahun 1980-an kerana pada ketika itu permintaan ke atas tong-tong susu getah agak tinggi dari pengusaha-pengusaha ladang.

24. Pertukangan Besi

Chong Kim Kuang
No. 7, jalan Tukang Besi, Melaka.

Mewarisi kemahiran membuat parang, pisau, sabit dan lain-lain dari mendiang bapanya. Beliau mempertahankan warisan ini kerana ingin mempertontonkan kepada orang ramai bahawa tradisi membuat parang secara tradisional adalah agak rumit tatapi pembuatannya kukuh dan tahan lama.

25. Pertukangan Besi

Chin Sim
No. 5, Jalan Tukang Besi, Melaka.

Mewarisi kepakaran sebagai tukang besi daripada abangnya. Beliau menyambung perusahaan ini selepas abangnya meninggal dunia kerana beliau berpendapat bahawa warisan ini harus dipertahankan kerana ia adalah perusahaan tradisi keluarganya.

26. Pertukangan Perak

Kua Beng Khim
No. 19, Jalan Kampung Kuli, Melaka.

Kedai Perak ini telah dibuka sejak 80 tahu yang lalu secra turun temurun. Beliau menghasilkan barang-barang perak seperti rantai, cincin dan gelang secara tradisional.

27. Pertukangan Emas & Perak

Kua Beng Seng
No. 33, Jalan Kampung Kuli, Melaka.

Menghasilkan barang kemas dan perak secara tradisional seperti cincin dan rantai. Turut menyediakan perkhidmatan mengikat batu cincin, loket, mencuci, mencelup dan memperbaiki serta mempateri semula barangan kemas yang pudar atau rosak.

28. Pertukangan Emas & Perak

Yoong Soon Chong
No. 52, Jalan Hang Jebat, Melaka.

Perniagaan ini telah diwarisi oleh 3 generasi keluarganya. Terdapat pelbagai jenis bahan perhiasan yang dihasilkan seperti loket, rantai, pending, kerongsang, tali pinggang, gelang serta cincin.

29. Anyaman Rotan

Wong Koon Wah
No. 74, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Perusahaan ini telah wujud 90 tahun yang lalu yang diwarisi daripada datuknya. Antara barangan berasaskan rotan yang diihasilkan ialah bakul, kerusi, nyiru, tudung saji dan sebagainya. Turut menerima tempahan untuk membaiki barangan rotan.

30. Kasut Kecil & Kasut Manik

Raymond Yeo
No. 56, Jalan Tokong, Melaka.

Telah mengusahakan perniagaan ini sejak 100 tahun yang lalu dan kini beliau dan abangnya merupakan pewaris yang masih mempertahankan perniagaan ini.

31. Anyaman Rotan dan Buluh

Yong Ah Man
No. 72, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Beliau telah menjalankan perniagaan dan kemahiran menganyam rotan dan buluh hampir 90 tahun daripada kedua orang tuanya. Kini beliau dibantu oleh anaknya dengan, menjual bakul dan kerusi rotan di kedainya.

MELAKA TRADITIONAL TRADE (INTANGIBLE HERITAGE)

Melaka is the state's historic and now, since July 7, 2008, Malacca was known as a World Heritage City where everything is available in Malacca. It is true what is said, Melaka - Where it all began. The glory of Melaka as a leading city 600 years ago is now recurring.

With the recognition by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization United Nations (UNESCO), Melaka is seen to remain as before, a state heritage with historic buildings stately, multi-racial population with various cultures, food of various flavors and a variety of cloth appearance.

With the awareness that there is in terms of intangible heritage in Melaka multiple communities, highlighting efforts of business activities and food traditions are increasingly endangered tradition increasingly intensified its position for fear it will simply disappear without any effort to defend it.

TRADITIONAL TRADES

1. Manage Services Death

Sin Hock Siew Sin Hock Siew
No. 30, Jalan Tukang Besi, Melaka.

Conduct the business of managing the death of the Chinese community for over 30 years ago.. He is also a supplier of various equipment for the death rituals such as traditional and modern coffin, clothing, jewelry and so on.

2. Tailor

Agnes SK Chew
No. 110, Jalan Tokong, Melaka.

Sewing Stores Fashion Classic was initiated by Agnes Chew the past 30 years. Sewing skills were inherited from his mother.

3. Books Rental

Hew Lee Min
No. 112, Jalan Tokong, Melaka.

Hew Lee Min Interest in this business arising from the hobby of collecting comics and now he has collected more than 60,000 collections of various types of comics, magazines and academic books.

4. Tailor Footwear

Mike Cho Wah Yean
No. 52, Jalan Bunga Raya, Melaka.
Since young Mike helped his father run a business making and repairing traditional shoes and now he has continued the business with three assistants.

5. Chinese Medicine Shop

Tan Mon Peng
No. 80, Jalan Bunga Raya, Melaka. 80, Jalan Bunga Raya, Melaka.

This family business is believed to have lasted nearly 60 years until now. Apart from selling various herbs and herbal medicine Chinese, Chinese physician services are provided. Diverse clients.

6. Tailor

Quah Sim Sim
No. 11, Jalan Kee Ann, Melaka.

Sew clothes shop has been operating in the village of Java since the last 30. Overwhelming clothing such as baju kurung, kebaya and baju Melayu, especially when during the festive season.

7. Embroidery and Sewing Shirts Nyonya Kebaya

Roslani binti Mahlun
No. 27, Jalan Laksamana, Melaka.

Business has been working on sewing and embroidery kebaya over 45 years ago in Malacca Town. She sells a variety of hostess and sarong kebaya and receive orders for stitching and embroidered blouse.

8. Embroidery and Sewing Shirts Nyonya Kebaya

Khatijah binti SM Hamed
No. 7, Jalan Laksamana, Melaka

This business has been working on clothing and kebaya 20 years ago. She has a variety of embroidery sewing skills and sewing various types of clothing having learned the art in Singapore, in 1965 to 1967.

9. Pawnbrokers

Lai Pon Ken
No. 44, Jalan Kampung Pantai, Melaka

This family business is estimated to have been operating for 55 years and still get the response from the community from the surrounding area. Apart from the pawn business, he also sells a variety of jewelry.
10. Chinese coffins

Chong Kwee Kim Chong Kwee Kim
No. 86, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka.

Artisan skills to make coffins had inherited from his father. Produced coffins are usually made from a tree known as Kelerang.

11. Tailor

Kong Kam Heng
No. 80, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka.

A while ago, businesses often find the focus of the dignitaries, including several state governors of Melaka from 1958 to 1984. Currently he is overwhelming traditional clothing from regular customers and locals.

12. Chettiar

Muthu Palayenaippaa
No. 111, Lorong Hang Jebat, Melaka

The Chettiar is a race that came from the Coromandel Coast, or Malabar in India to Melaka around 1800's to trade and they made the sale as a capital for the business then give borrow money with a certain rate of interest.

13. Chinese Prayer Tools

Wee Chow Choon
No. 10, Jalan Tokong, Melaka.

This business has operated since 1969 and now has to compete with the materials produced by the factories of the paper is cheaper and simpler.

14. Barber

William William
No. 912T, Jalan Kampung Kuli, Melaka.

Hair dressing skills were inherited from his father. This barber shop is still using equipment and furniture belonging to his father trusted long been 60 years.

15. Chinese Medicine Shop

Sherry Ho
No. 99, Jalan Bunga Raya, Melaka.

Reliable family business has survived nearly 50 years until now. Drug store offers a variety of herbal and traditional Chinese medicine to cure diseases such as diabetes, back pain, fever and others.

16. Steel Craft

Yong Nam Hin
No. 75, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Business has been operating for 90 years, is still maintaining a traditional production of steel products. Among the products manufactured include baking pan, cake mold, troughs and buckets.

17. Wood Carving

Ting Wee Chia
No. 87, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Materials used to make signs are usually of good quality wood carved with Chinese calligraphy and decorated with gold wafers.

18. Small Shoes and Beads Footwear

Lim Chiang Huat
No. 84, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka.

Lim Chiang Huat had inherited the company making beaded shoes and small shoes from his father 30 years ago. This shoes is made using materials such as silk, gold thread and beads of different colors.

19. Tailor

Bee Nah
No. 11, Jalan Kee Ann, Melaka

Has been involved in sewing clothes for the past 30 years. Provides booking services and customize the baju kurung, kebaya, Malay clothes and so on.

20. Chettiar

Muthu Veerappan
No. 105, Lorong Hang Jebat, Melaka.

Inherited the job as chettiar from his grandfather and still keep the steel boxes and equipment used by the family when dealing in the past.

21. Steel Craft

Yong Der Chyang
No. 83, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

This business 90 years old and has existed since the days of British rule. Maintaining the traditional way of production of the machines also use some updates, such as Bender and roller 1980s-era output.

22. Steel Craft

Yong Ah Kau
No. 63, Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Been in operation since 100 years ago, inherited from generation to generation. He produces steel products, such as pail and buckets.

23. Steel Craft

Tee Quek Siong
No. 15, Jalan Hang Kasturi, Melaka

Steel business and craftsmanship, has learned from his observation of the operators of steel drums around the 1980s because at that time the demand for barrels of latex is high from the operators of farm.

24. Metal Craft

Chong Kim Kuang
No. 7, jalan Tukang Besi, Melaka.

Inherit the ability to make swords, knives, sickles and other of his late father. He maintains this heritage because they want to show the public that the tradition of making traditional swords is quite complicated but it will make them strong and durable.

25. Metal Craft

Chin Sim
No. 5, Jalan Tukang Besi, Melaka.

Expertise inherited from his brother's . He connects this company after his brother died because he felt that this heritage should be defended because it is a company of his family tradition.

26. Silver Craft

Kua Beng Khim
No. 19, Jalan Kampung Kuli, Melaka.

Silver Shop has been open since 80 to know the last crops is hereditary. He produces goods such as silver chains, rings and bracelets are traditional.

27. Gold & Silver Craft

Kua Beng Seng
No. 33, Jalan Kampung Kuli, Melaka.

Producing silver jewelry and traditional such as rings and necklaces. Also provides binding stone rings, pendants, washing, dipping and repaired faded or damaged.

28. Gold & Silver Craft

Yoong Soon Chong
No. 52, Jalan Hang Jebat, Melaka.

This business was inherited by the third generation of his family. There are various types of materials produced jewelry like pendants, chains, pending, brooches, belts, bracelets and rings.

29. Woven rattan

Wong Koon Wah
No. 74, Jalan Hang Kasturi,

This company has been around 90 years inherited from his grandfather. Among the items was cane baskets, chairs, nyiru, food cover and so on. Also received an order to repair rattan goods.

30. Small & Beads Shoes

Raymond Yeo
No. 56, Jalan Tokong, Melaka.

This business has been working on since 100 years ago and now he and his brother, the heir who still retain this business.

31. Woven rattan and bamboo

Yong Ah Man
No. 72, Jalan Hang Kasturi, Melaka. 7

He has been doing business and weave rattan and bamboo for almost 90 years of his parents. Currently, he is assisted by his son with, selling baskets and rattan chairs in his shop.