Showing posts with label surah al-qadr. Show all posts
Showing posts with label surah al-qadr. Show all posts

Thursday, April 4, 2024

Surah al-Qadr Mengenai Lailatulqadar



Surah al-Qadr 

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.

2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut;

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

*****

Malam ini 25 Ramadan.
Malam ini malam ganjil. 
Malam ini malam Jumaat.
Malam ini Jumaat terakhir di bulan Ramadan
Malam ini 10 Ramadan terakhir. 
Andai malam ini Lailatulqadar, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Mari sama-sama memperbanyakkan amal ibadat. 

Insya Allah.

Wednesday, March 27, 2024

Salam Nuzul Quran 1445 Hijrah

Selamat menyambut Nuzul Quran kepada semua umat Islam. Nuzul Quran merupakan peristiwa penting dalam sejarah umat Islam di mana ayat-ayat suci Al-Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Hari ini, kita merayakan keberkatan dan keagungan wahyu Ilahi yang menjadi petunjuk bagi umat manusia. 

Semoga dengan menghayati makna dan ajaran Al-Quran, kita dapat memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meningkatkan kualiti kehidupan sebagai hamba-Nya. Selamat menyambut Nuzul Quran, semoga kita sentiasa diberkati dengan hidayah dan kebijaksanaan dari Al-Quran dalam setiap langkah kehidupan kita.

Salam Nuzul Quran.


“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

al-Baqarah : 185

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatulqadar,”

al-Qadr : 1