Showing posts with label rumah terbuka. Show all posts
Showing posts with label rumah terbuka. Show all posts

Monday, September 20, 2010

AIDILFITRI BERSAMA CHITTI

Pada 18 September 2010, Perbadanan Muzium Melaka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Muzium Chitti di Gajah Berang, Melaka. Dalam banyak-banyak muzium yang ada di Melaka kenapa perlu majlis tersebut diadakan di Muzium Chitti? Di mana lokasi tersebut terletak di kawasan kediaman warga Chitti.


Salah ke kita buat satu kelainan? Salah ke kita sama-sama meraikan hari raya bersama kaum lain? Tentunya tidak bukan. Kita di Malaysia ini adalah berbilang kaum dan saling hormat menghormati. Justeru itu, janganlah ada antara kita saling tidak berpuas hati dengan apa yang telah lakukan (kalau adalah). Bukankah kita sekarang berada dalam satu gagasan yang dipanggil 1 Malaysia.


Tertarik sungguh aku dengan kepelbagaian kaum di negeri Melaka ini. Ada Chitti, Baba Nyonya, Portugis dan lain-lain lagi. Masyarakat Chitti di Melaka merupakan masyarakat minoriti, yang seronok dilihat, mereka ini ada mengamalkan budaya masyarakat Melayu dalam kehidupan mereka. Lihat sajalah cara pakaian wanita Chitti, mereka gemar memakai pakaian Baju Kebaya Pendek dan Kain Batik. Malah mereka pandai bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik, sehinggakan ada antara mereka hanya pandai bertutur dalam Bahasa Melayu dan tidak tahu berbahasa Tamil.


Kaum Chitti juga amat pandai berpantun Melayu. Lihat sahajalah ke mana-mana majlis masyarakat Chitti, pada ucapan mereka pastinya akan diselitkan pantun-pantun Melayu yang indah lagi puitis. Mereka juga boleh menyanyikan lagu warisan negeri Melaka iaitu lagu Dongdang Sayang. Sungguh indah bait-bait pantun Lagu Dongdang Sayang yang dinyanyikan.


Ada suatu yang menarik perhatian aku ialah kesopanan masyarakat Chitti di mana aku sendiri yang mengalami pengalaman ini. Nak diceritakan, ada seorang pemuda Chitti (aku tak kenal dia, dan dia mungkin tak kenal aku) yang mahu berlalu di hadapan aku, aku berasa terpegun melihat apabila dia menghulurkan tangan dan membongkok sedikit apabila mahu berlalu dihadapan aku. Sopan sungguh, anak siapalah ini... Adakah kita yang Melayu ini masih punyai santun seperti ini?


Akhir kalam, Melayu adalah Melayu, Chitti adalah Chitti. Kita duduk dalam satu masyarakat majmuk, perlu ada sikap dan sifat hormat menghormati (respect).



Friday, September 17, 2010

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua teman yang mengenali diri aku.

Di sini aku ingin menyemput tuan / puan hadir ke majlis makan-makan sempena Sambutan Hari Raya di rumah aku pada 19 September 2010 (Ahad) bermula dari pukul 1.00 tengahari hingga ke pukul 6.00 petang. Diharap tuan / puan dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis saya ini. Semoga dengan kehadiran tuan / puan dapat memeriahkan majlis ini. Terima kasih.

(P/s: Masuk dari IKS Bukit Katil, terus sahaja nanti jumpa Jalan M14. Berhadapan Taman Merak Mas)