Showing posts with label hosni mubarak. Show all posts
Showing posts with label hosni mubarak. Show all posts

Monday, February 14, 2011

PENGAJARAN DARI KRISIS MESIR

Mesir sebuah negara yang kaya dengan minyak. Negara yang terletak di dunia Arab dan mengamalkan sistem pemerintahan berpresiden. Sejak sekian lama negara tersebut mengecapi keamanan, namun kini Mesir bergolak dengan tindakan tunjuk perasaan besar-besaran oleh rakyat Mesir bagi menuntut pengunduran Hosni Mubarak.

Dalam krisis yang melanda Mesir ini, dapatlah pengajaran-pengajaran yang boleh diperolehi samaada baik atau sebaliknya yang boleh diteliti oleh pemimpin-pemimpin sesebuah negara.




1. Jangan memimpin terlalu lama. Nanti rakyat bosan. (kalau negara terus maju dan rakyat terpelihara tak mengapa, ini tidak, rakyat terbiar)

2. Tunjuk perasaan besar-besaran untuk jatuhkan presiden (jangan amalkan! Kalau macam ini caranya habislah sistem demokrasi. Kalau boleh semua negara nak buat macam ini untuk jatuhkan pemimpin)

3. Bagi negara Islam, jangan sekali-kali pro Israel (inilah akibatnya kerana pro Israel, orang Islam di negara jiran sendiripun mahu ditindas demi Israel tercinta!)

4. Jangan jadi boneka Amerika (minyak.. minyak.. minyak, lepas ini sekiranya Presiden yang naik ialah anti Amerika, habislah Amerika. Kalau Mesir tak ikut telunjuk Amerika, pastinya Mesir bakal menjadi seperti Iraq. Sekarang ini Amerika syok sendiri seperti hero yang menasihatkan Mubarak supaya berundur, pada hakikat pengunduran ini adalah kerana tekanan rakyat Mesir sendiri)

5. Sistem keselamatan perlu diperketat (dalam menempuh ketidaktentuan seperti ini, pasukan keselamatan seharusnya lebih aktif dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, kalau tak masakan banduan boleh terlepas, pecah rumah / kedai berleluasa dan sebagainya)

6. Bawa pulang pelajar / rakyat segera ke tanah air (tindakan awal perlu diambil untuk tidak mengheret warga negara ke kancah krisis. Tindakan kerajaan Malaysia membawa pulang segera rakyat Malaysia ke tanah air adalah tindakan yang wajar bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlaku ke atas mereka)

Tuesday, February 8, 2011

KENALI HOSNI MUBARAK

Nama penuh beliau ialah Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak lahir 4 Mei 1928) merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.

Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom.

Kemudiannya beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Komander Tentera Udara.




Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (30 tahun pada 2011)

Sumber : Wikipedia