Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

KOLEKSI TOPI = COLLECTION OF CAPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku ni bukanlah yang gemar memakai topi (cap) yang ada jenama-jenama, lebih-lebih lagi yang dapat percuma. Kalau aku dapat, mungkin aku akan beri pada orang lain, tak pun letak saja di rumah entah ke mana arah aku letakpun tak tau..

Memang beberapa kali apabila aku dapat topi bagi sesuatu acara atau program, aku akan beri pada orang lain. Ada satu kali tu, lepas sahaja habis suatu program, aku singgah ke sebuah kedai mencuci kereta, apabila habis kereta aku dicuci, aku beri topi yang aku dapat tu kepada seorang warga Bangladesh yang mencuci kereta aku tu. Huh, nampak sangat aku ni jenis yang tak ambil kisah tentang topi

Akan tetapi..., sehari dua ni aku terperasan beberapa topi yang terdapat di rumah aku. Ada yang terletak di dalam setor, laci dan ada juga tercampak di bawah katil. Aku duk kumpul-kumpul, eh! banyak juga rupanya. Mulalah dalam benak fikiran aku ni untuk memulakan hobi mengumpul topi pula. Barangkali kalau disusun satu persatu di dinding pun nampak menarik.

Gambar di bawah ni merupakan beberapa topi yang sempat aku cari di dalam rumah aku. Aku rasakan ada lagi yang tersembunyi entah ke mana yang masih belum aku jumpai. Takpe, lepas ni boleh cari lagi. Dah jom! layan saja gambar-gambar topi aku ni...

Topi Perodua.. Abang aku yang bagi ni..

BN A.K.A Barisan Nasional... Merupakan sebuah parti politik di Malaysia :)

Sony Walkman.. Pemberian sepupu kepada anak aku..

Topi jabatan aku semasa perbarisan kemerdekaan 2012

Topi Dulux semasa program mengecat bangunan warisan di Melaka

Melaka World Heritage Site.. Ada siapa tak tau?

1Malaysia bro... 1Malaysia...

Ini topi yang akan aku pakai pada perbarisan kemerdekaan pada tahun ini (2013)

Malaysia Truly Asiaaaaaa....................

Milo.. Topi lama ni.. Ha! yang ni aku beli.

Ops!! Ni bukan topi, tapi tengkolok.. Ini hadiah dari JKKN Melaka.

Tuesday, August 20, 2013

DARI HIJAU KE MERAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku dan MILO seperti agak susah dijauhkan. Sudah menjadi hobi yang agak sukar dilepaskan semenjak aku mula berkecimpung di dalam dunia mengumpul barangan MILO. Bagi aku, aku adalah selayaknya dengan MILO kerana aku rasakan begitu dekat dengannya, dengan pelbagai memori dan nostalgia.

Kenangan terungkai bermula dari Van MILO yang datang ke sekolah di masa hari sukan, menggunakan peralatan menulis seperti kotak pensil, pensil, pemadam dan pembaris MILO sehinggalah botol-botol air MILO yang dibawa ke sekolah sebagai bekalan minuman.

Beberapa hari kebelakangan ini aku telah cuba-cuba untuk mempelbagaikan jenis koleksi yang aku kumpul. Aku mula berjinak-jinak dengan Coca Cola setelah mendapat pemberian percuma daripada seorang Collector juga merupakan seorang Seller.

Beg pinggang dan pelapik gelas Coca Cola

Gambar di atas ini merupakan pemberian daripada beliau. Dalam hati aku berkata, agak menarik juga untuk mengumpul barangan Coca Cola. Tetapi aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku mampu untuk mengumpul barangan ini kerana aku amat jarang sekali minum Coca Cola ditambah lagi ketidakterujaan aku terhadap Coca Cola.

Sebelum ini juga aku hanya ada beberapa barangan Coca Cola iaitu sebuah botol dan beberapa gelas Mc Donald Coca Cola sempena Olimpik London 2012. Namun selepas itu langkah untuk mengumpul Coca Cola terhenti di situ sahaja.

Botol dan Gelas Coca Cola merupakan koleksi pertama aku

Baru-baru ni aku ada membeli sebotol Coca Cola keluaran Thailand yang aku beli di Jonker Street. Agak menarik botolnya kerana tidak besar seperti botol biasa. Kecil saja botolnya.

Coca Cola Thailand mari...
Dalam beberapa hari aku postkan gambar Coca Cola di dalam Facebook, ada pula seorang kenalan lama yang sudi memberikan sebuah kalender 2013 Coca Cola yang memaparkan gambar-gambar Marylin Monroe dengan paparan yang begitu klasik.





Sepertimana slogan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tetapi bagi aku MILO tetap diutamakan, COCA COLA adalah sampingan.