Showing posts with label gambar koleksi milo. Show all posts
Showing posts with label gambar koleksi milo. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

RAK MILO?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Asal Milo saja aku sebat. Tak kiralah gelas ke, cawan ke, botol air ke atau apa-apa sekalipun barangan Milo, aku akan beli kalau kena dengan harganya.

Baru-baru ni aku membeli sebuah lagi barangan Milo iaitu rak Milo. Rak yang diperbuat dari kertas keras. Kebiasaanya kita boleh lihat rak seperti ini di pasaraya mahupun kedai-kedai runcit.

Sebenarnya rak ini bukanlah untuk menempatkan produk minuman Milo tetapi ianya adalah untuk produk makanan ringan iaitu Milo Choco Bar dan Milo Nuggets.

Aku beli benda ni secara dalam talian melalui rakan di kumpulan Nescafe / Milo di Facebook. Emm.. Makin bertambah koleksi Milo aku ni.

Harapan aku pada satu masa nanti aku nak buat satu sudut Milo di dalam rumah aku. Macam galeri. Mentang-mentanglah kerja kat muzium, rumahpun nak buat macam muzium... Nak masuk rumah aku kena bayar RM 1.00. HeHeHe...




Monday, January 28, 2013

CAWAN MILO PLASTIKLAH PULA..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Biasanya pada era sekarang, kalau kita dapat minum air Milo percuma sama ada di Van Milo ataupun di pasaraya, pastinya ia akan menggunakan cawan kertas Milo. Kalau dahulu, kalau siapa masih ingat, cawannya adalah diperbuat daripada plastik.
 
Kebetulan dalam aku melayari Mudah[dot]my aku terlihatlah pula cawan plastik ini. Melihatkan harga yang ditawarkan adalah murah, aku pun belilah untuk menambahkan koleksi Milo aku yang sedia ada.
 
 
 
Cawan plastik Milo ini adalah keluaran khas tahun 1991 sempena Sukan Sea di Manila. Bayangkan, cawan plastik ini sudah berusia 22 tahun pada tahun ini. Tapi itu tidaklah pelik sangat kerana ada barangan koleksi Milo lebih lama daripada itu.
 
Sekian laporan saya, terima kasih. :)

Wednesday, November 28, 2012

GELAS MILO 30 SEN???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rutin saya setiap hari macam biasa, membuka Mudah[dot]My dan mencari barangan Milo yang lain dari yang lain yang harganya berpatutan ataupun yang mampu saya beli.

Baru-baru ini saya 'berjaya' membeli sebiji gelas Milo lama, mungkin berusia sekitar tahun 1980-an (belum buat 'research' lagi). Apa yang menariknya, gelas Milo yang saya beli ini bersekali dengan kotaknya yang asal dan kelihatan begitu cantik sekali.

Harga yang ditawarkan agak tinggilah juga bagi hanya sebiji gelas tapi saya cuba membuat tawar-menawar. Walaupun proses tawar-menawar tidak berjaya, saya tetap membeli gelas Milo ini kerana ia agak unik bagi diri saya.

Jomlah kita layan saja gambar koleksi Milo terbaru saya ni.

Gelas Milo + kotak

Gelasnya nampak biasa saja

Gambar-gambar di luaran kotak

Nampak macam klasik sedikit.. :)

Tambah 30 sen saja untuk dapatkan gelas ini...

Friday, June 8, 2012

GILA MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam entri yang lepas, saya ada menulis mengenai kegilaan. Ya, inilah kegilaan saya. Mengumpul koleksi barangan Milo. Yang lama atau yang baru, asal kena dengan harganya pasti saya sebat.

Jadinya, layan sajalah koleksi Milo yang baru saya dapat ini.

Boleh taruk botol air dan bawak jalan-jalan

Saiz sederhana, tidak sama dengan koleksi saya yang sedia ada

Menarik juga botol air ni...

Ramping sungguh pinggangnya

Friday, May 25, 2012

APA SAHAJA, ASALKAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya macam sudah lama tidak membeli koleksi barangan Milo. Iyalah, sekarang kena bajet-bajet sedikit belanjanya. Al-maklumlah, bakal terima orang baru di dalam rumah dalam bulan Jun akan datang.

Pada kali ini, tidak banyak barangan Milo yang hendak dipaparkan. Ada 4 barang baru dan 2 daripadanya hanyalah bekas Milo biasa yang satu hari nanti mungkin berfungsi sebagai prop untuk mempamerkan koleksi barangan Milo di dalam "display cabinet".

Apa kata, layan saja koleksi Milo yang baru saya perolehi ini.


Kotak Tisu Milo

Cawan Bola Milo

Bekas Ais Krim Milo

Satu Lagi Bekas Ais Krim Milo

Sunday, March 25, 2012

MEMBORONG MILO





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini bukanlah cerita pasal memborong air Milo, tetapi cerita pasal saya membeli koleksi-koleksi Milo berupa gelas dan piring Milo yang baru saya perolehi pada 24 Mac 2012 melalui pembelian di Mudah.My. Ini sudah beberapa kali saya membeli koleksi Milo melalui Mudah.My dan nyatalah ia boleh dipercayai.

Sekiranya ada yang tertinggal membaca / melihat entri saya berkenaan KOLEKSI MILO, bolehlah klik pautan di bawah ini :

Sebenarnya, minat untuk mengumpul koleksi barangan Milo bermula daripada saya memperolehi dua buah Van Mini Milo yang saya tebus setelah mengumpul kod bar barangan Milo, kira-kira pada akhir tahun lepas. Di tambah pula dengan rakan bloggers yang saya kenal melalui dunia blog iaitu http://spallanpunya.blogspot.com/ dan http://hobby-collection.blogspot.com/ maka bertambahlah minat saya dalam bidang kumpul mengumpul ini.

Saya pasti, diluar sana masih ramai otai-otai yang lagi hebat koleksinya. Saya ini apalah, baru setahun jagung mengumpul, koleksi pun tak banyak lagi. Lagi pula masih banyak koleksi-koleksi Milo yang terlepas dan mungkin tidak terkejar. Namun, sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan kembali koleksi-koleksi Milo yang lepas-lepas, tetapi kenalah juga tengok pada bajetnya juga.

Erm.. Taknak cakap banyak, layan sajalah koleksi-koleksi Milo terbaru yang saya perolehi.