Showing posts with label cicakman 3. Show all posts
Showing posts with label cicakman 3. Show all posts

Friday, April 3, 2015

KERANA CICAKMAN 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

7 tahun lamanya aku tak menonton wayang. Kalau tak silap, sejak dari tahun 2008 iaitu selepas aku berkahwin.

Kini anak-anak sudah membesar, sudah bolehlah membawa mereka menonton wayang. Kenalah dengan kesukaan budak-budak, aku pun membawa mereka menonton filem Cicakman 3.



Bolehlah tahan cerita ni. Budak-budak pun suka menontonya. Fahim dan Ainnur Afiah pun macam biasa saja, tak rasa kekok menonton dalam suasana gelap di panggung wayang.

Mungkin masa akan datang boleh menonton bersama lagi. Aku pula yang rasa teruja pasal dah lama sangat tak tengok wayang.