Showing posts with label 12.12.12. Show all posts
Showing posts with label 12.12.12. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

APA ADA PADA 12.12.12


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Apa ada pada 12.12.12?? Erm.. Tiada ada apa-apapun yang terlalu istimewa. Dulu kecoh apabila ada pihak dari kelompok orang asli di Amerika meramalkan bahawa pada tarikh ini kiamat akan berlaku. Nah! Apa kata mereka sekarang? Kiamat tu hanya Allah sahaja yang tahu, bukan kita sesama manusia.
 
Sebenarnya saya baru balik dari Perlis. Adik bongsu saya baru berkahwin, baru-baru ini pergi bertandang ke rumah pengantin lelaki di sana. Tapi tarikh perkahwinan mereka bukanlah pada 12.12.12.
 
Tahniah Siti Nurhudah serta suami
 
Kebetulan ke Perlis, saya berserta adik-beradik yang lain tidak melepaskan peluang untuk pergi melancong ke Pulau Langkawi. Inilah pertama kali saya jejaki kaki ke pulau lagenda tersebut setelah usia telah menjangkau 30-an.
 
Di Pulau Langkawi dapatlah pergi melawat Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Chenang, Langkawi Panorama (Cable Car), pasar raya bebas cukai dan lain-lain tempat lagi.
 
Isteri dan anak-anak di Dataran Lang 
Ingat Langkawi ingat gamat, ingat gamat ingat Langkawi
Ainnur Afiah bergaya ala pelancong.. :)
 
Pemandu Bas Langkawi yang membawa kami 3 hari 2 malam
 
Anakku Muhammad Fahim semasa menaiki Cable Car
 
Apa yang dapat saya katakan, Pulau Langkawi memang sebuah pulau peranginan antarabangsa yang menarik, namun tahap kebersihan dan lanskapnya dalam keadaan kurang memuaskan.
 
Pihak berkuasa di Pulau Langkawi perlulah mengambil tindakan segera dan usaha berterusan bagi memastikan Pulau Langkawi terus menjadi destinasi percutian idaman pelancong.