Friday, April 25, 2025

Ainnur Afiah Juara 400 Meter


Ini anak kedua aku, Ainnur Afiah. Kini dia sedang menuntut di tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama. Dari kecil, perangainya memang saling tak tumpah seperti aku, suka mencuba pelbagai perkara dan pantang nampak peluang, pasti dia akan ambil. Semalam dia memenangi tempat pertama dalam acara 400 meter sempena Kejohanan Olahraga Sekolah.

Aku masih ingat zaman dia di sekolah rendah, betapa aktifnya dia menyertai pelbagai pertandingan. Dari sukan, seni hingga ke akademik, semuanya dia nak cuba. Ada masanya aku terpaksa teman dia ke pertandingan yang diadakan di luar sekolah. Tapi itu semua pengalaman yang indah dan membentuk siapa dirinya hari ini.

     Baca juga :

Melihat dia berdiri megah dengan pingat emas tergantung di leher, aku tahu segala usaha dan sokongan tidak sia-sia. Aku bangga dengan pencapaiannya bukan sekadar kerana dia menang, tetapi kerana semangatnya yang tak pernah luntur. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada banyak lagi pencapaian dalam hidupnya, insya-Allah.

19 comments:

  1. Tahniah diucapkan..hasil tak mengkhianati usaha..fighting!

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada anaknya, tempat pertama ye, hebat! 👏👏👍

    ReplyDelete
  3. syabas n tahniah. pakcik dah pencen jd latih budak2 olahraga di sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pencen dulu.. Jasa masa diperlukan. Hehe

      Delete
  4. semangat sentiasa mahu mencuba itu satu bonus untuk berjaya dalam hidup dia nanti

    ReplyDelete
  5. Tahniah... Mesti berkobar kobar ayahnya kegembiraan.. alhamdulillah ada usaha pasti ada hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya bakar lemang tu, dia siap datang pada saya, tunjukkan medal dia dalam poket seluar.. Haha.

      Delete
  6. Tahniah, yeay! suka tengok anak-anak yg aktif bersukan ni. Tidak kisahlah acara apa sekalipun.
    Daktiga? hrmmm... satu pun tak mewarisi emak. Aktif di padang.

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Semoga terus sukses. Nanti boleh jadi pelapis atlet negara.

    ReplyDelete
  8. Congrats utk anaknya bang 🎉🎉👏👏. Dan baguuus sangat, dia tak takut untuk mencoba yaaa. Memang harusnya begitu kan. Ditambah sokongan dari orangtua, membuat anak jadi terpacu juga meraih hasil bagus 👍👍

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.