Thursday, January 12, 2023

Wonder Food Museum Penang, Agak Menyeronokkan


Kesiannya... Anak siapalah ini...?


Berpeluang pergi ke Wonder Food Museum di Pulau Pinang baru-baru ini merupakan salah satu pengalaman yang menyeronokkan. Muzium ini sesuai dikunjungi oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Mana-mana yang suka OOTD tu, memang digalakkan untuk melawat ke muzium ini kerana terdapat banyak sudut-sudut yang menarik untuk mengambil gambar.

Muzium ini memaparkan replika dan miniatur makanan-makanan yang terdapat di negara kita, Malaysia. Setiap replika yang dihasilkan begitu halus dan berseni. Dari pemerhatian aku, mungkin terdapat lebih daripada seorang artis yang membuat replika ini memandangkan terdapat stroke yang berbeza-beza, namun tetap menghasilkan replika yang menarik.

Walaupun kelihatan seperti sekadar hiburan, muzium ini dilihat turut menyampaikan maklumat berkaitan makanan tradisional, perniagaan tradisi dan memori kenangan lalu yang digarap melalui diorama dan miniatur.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap sebagai kenangan dan jejak aku telah sampai di sana.

Ruang hadapan Wonder Food Museum

Dari pandangan sisi

Aneka replika ais krim dan makanan-makanan boleh potong kaki

Aneka makanan yang kelihatan sedap belaka

Kuih-muih kelihatan seperti sebenar

Pelbagai makanan kaum India

Aneka makanan kaum Cina

Buah-buahan tempatan yang membuka selera

Nasi lemak, menu sarapan rakyat Malaysia, menu perpaduan bangsa

Onde-Onde/ buah Melaka/ kelepong

Wow.. Sedapnya sate

Miniatur warung roti canai mamak

Miniatur membakar lemang. Eh, apasal muka lelaki tu kelihatan seperti Tun M?

Miniatur makan-makan sempena Tahun Baharu Cina

Siapa yang order Kuew teow goreng tadi? Tunggu sekejap ye.

7 comments:

  1. Memang nampak real gambar makanannya tu. Lakonan model tu pun nampak mantap, menjadi 😀

    ReplyDelete
  2. makanan2 yg dipamerkan tu mcm real je. Terasa nak ngap je..

    ReplyDelete
  3. Best muzium ni, macam2 makanan ada, rasa nak terkam.

    ReplyDelete
  4. Saya yang order kuetiaw tu..awat tak sampai2 lagi kat Putrajaya ni...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Betul2 pegi sini rasa lapar je hahaaa... Rasa semua nk dimakan

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.