Sunday, November 13, 2022

Cara Pujuk Isteri Sebelum Berjauhan

Bukan senang nak senang tuan-tuan. Nak-nak bagi yang belum berkahwin kena belajar dengan pakcik yang sudah beranak lima ni. Hahaha... Emm.. Begitulah hendaknya apabila mahu meninggalkan isteri dan anak-anak pada jangka masa yang agak panjang. 

Nak diceritakan, pada pertengahan bulan ini aku akan ke bumi Kenyalang untuk lawatan kerja. Bukan sehari dua tapi empat hari. Jenuh jugalah nak beri apa alasan untuk meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Sebenarnya sudah lama juga surat arahan telah dikeluarkan tapi aku masih berahsia dengan isteri bagi menunggu masa yang sesuai untuk memberitahunya. Bulan Disember pula ke Pulau Pinang. Aduh, parah.

Sebelum-sebelum ini memang jadi hal kalau aku keluar lama ke negeri lain atas urusan kerja. Kali yang terakhir aku keluar dari Melaka apabila mengikuti program di Kelantan selama sepuluh hari. Masa itu anak yang bongsu baru masuk dua bulan. Memang muncung sajalah isteri aku. Tapi masa tu, lepas balik dari Kelantan terus mengambil hati isteri dengan pergi menonton wayang bersama tanpa bawa anak-anak. Kebetulan, cerita Mat Kilau baru ditayangkan.

Kali ini aku telah mempelajari dari apa yang pernah berlaku. Sebelum apa-apa terjadi, aku bawa isteri aku bercuti dahulu. Tak jauh mana pun, dekat saja. Sangat dekat dengan rumah aku tak sampai lima kilometer iaitu di The Atlantis Residences Melaka. Bak kata orang, nak suasana saja. Nak 'suasana' punya pasal, satu malam RM500.00. Haha.

Sebenarnya, kami turut menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung, Muhammad Fahim yang telah mencapai usia 14 tahun. Sambut dalam bilik saja sambil order KFC melalui Food Panda

Apabila sudah dibawa bercuti ni, untuk meninggalkan isteri dan anak-anak nanti dah tak 'tegang' sangat walaupun kalau boleh isteri tak beri juga aku keluar rumah lama-lama. Nak buat macam mana, yang pilih ialah big bos, bukan aku yang saja-saja nak ikut. 

Namun, sebenarnya ada jugalah aku menolak untuk sertai mana-mana lawatan kerja di luar Melaka. Contohnya baru-baru ini ada lawatan kerja ke Perak selama 3 hari 2 malam, aku maklumkan aku tak dapat sertai dengan sebab-sebab tertentu. Tapi sampai bila aku mahu menolak? Urusan kerja, bukan aku pergi melancong atau melencong. 🤔

Isteri aku sebenarnya faham kerja aku. Cuma, iyalah... Anak-anak ramai, masih bersekolah dan ada yang masih belum setahun, dia seorang yang kena uruskan semua nanti. Bukan tak kesian, memang kesian. Tapi itulah.. Nak buat macam mana kan. Pandai-pandailah bawa berbincang suami isteri. Hihi.

Dahlah... cukuplah sesi luahan perasaan ini. Haha.. layan saja gambar-gambar yang sempat aku rakamkan semasa 'bercuti' di The Atlantis Residences Melaka

Kalau rajin nanti, aku buat review sedikit tentang The Atlantis Residences Melaka di entri yang lain pula. Huh, entri ni pun dah seminggu berlalu baru nak post. Tengoklah macam mana nanti. 
😅😅😅

Ruang lobi

Pemandangan malam di atas 40

Pemandangan Bandaraya Melaka dari aras 40 pada waktu siang

Malam-malam pun layan mandi

Pemandangan kolam pada waktu malam

Terdapat ruangan kanak-kanak

Diambil dari bilik di aras 20

Masa bersantai ala-ala mat saleh di tepi kolam, aku angkat gambar ni

27 comments:

  1. Hahaha.. patutlah Pak Inche pun kalau kena outstation dah last minute baru nak bagitahu. Yg kelakar, beritahu lambat kena marah, beritahu awal, lama kena mengadap muncung bini, hihi. Tapi, lama tu En FM kena outstation ya. Nanti balik bawalah buah tangan yg best2 utk isteri & anak2, okay.

    ReplyDelete
  2. Betullah orang kata: Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
    Bukan tinggalkan untuk suka-suka, tapi memenuhi tuntutan kerja.
    Moga dipermudahkan segala urusan Encik Fairus dan isteri yang terpaksa menggalas tugas tanpa suami di sisi selama pemergian ke Bumi Kenyalang.

    ReplyDelete
  3. Orang banyak ilmu je tau ilmu2 pujuk ni.... hehehehe

    ReplyDelete
  4. sekali sekala best juga tinggalkan isteri berjauhan tau !...barulah timbul rasa rindu...wah tak sangka anak bro sudah berumur 14 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usia perkahwinan sama dengan usia anak pertama. 😀

      Delete
  5. Biasala tu hidup ada rumah dan tangga.. tu blom lg outstation oversea berbulan2 mcm wak nih.. 😭😭 yg penting semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuiii.. lagi dahsyat. Macam arwah bapa saya. Round the world sebagai kelasi kapal.

      Delete
  6. Hidup nerumah tangga kena slaing memahami ..mujur kena tingal 4 hari aje kan

    ReplyDelete
  7. Saya pun jenis menyampah (tak tau menyampah dengan sapa) kalau suami nak kena outstation hahaha

    ReplyDelete
  8. biasalah kena gi outstation sekali-sekala. cuba fikir pasangan PJJ yg x bernasib baik..

    ReplyDelete
  9. Cantik lokasi penginapannya. Bijak strategi 👍

    Boleh bayangkan susah isteri nak handle anak2 kecik sorang diri. Memang kena pandai beli jiwa supaya isteri kurang rasa tertekan.

    ReplyDelete
  10. Hahaha.. begitulah... sy & husband mcm tu lah... sebelum keja weekend kena bagitau awal spy semua x terperanjat beruk boleh bersedia mental & fizikal... dan lepas setel keja di weekend mmg kena beli jiwa lagi.. kalau outstation pulak kena ambik cuti sebelum atau selepas outstation... beli jiwa beli jiwa... haha

    ke bumi kenyalang nk melawat borneo museum ke nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Ke Borneo Culture Museum. Pada Feb 2020 sebelum Covid-19 saya juga ke sana. Masa tu masih dalam pembikinan, tapi dapat juga masuk ke dalam muzium ya.

      Delete
  11. memang masalah nk terbang jauh tinggalkan isteri n anak2 tercinta kan moga selamat pergi n kembali

    ReplyDelete
  12. Suami say selalu balik lambat.. kadang jam 9 atau 10 mlm baru balik atas urusan kerja.. Tapi saya faham dia cari kerja demi memncari rezeki yang halal untuk anak bini.. Kalau sama2 give and take InsyaAllah dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete
  13. Dilema sungguh kalau dah berkahwin dan beranak ni. Begitulah ceritanya. Semoga saling faham dan bertolak ansur. Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin...

    ReplyDelete
  14. faham. sgt faham.
    sama la keadaan kita, bila saya or husband nak out station, byk angle nak kena consider.
    kebetulan anak sulung aida skola di sharodz, jauh dari DT ni, memang perlu 2 kereta anta dia dan adik2 nya di area bkt katil.
    tapi tu la, tolak ansur tu perlu. wajib la belanja isteri :) kasik happy. jiwa tenang in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  15. Tgh down sbb suami nak outstation oversea seminggu.Anak 5.Saudara mara terdekat tiada.Jiran pun tak kenal.Kereta pun lately selalu buat hal.Almaklumlah dah 13thn guna.Lepas pkp,asyik outstation,sebulan kdg² 2 kali travel.Anak pula,mlm ada tuisyen.😭 Mohon nasihat.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.