Wednesday, February 23, 2022

Akhirnya Tergolong Sebagai Pesakit Covid-19

Gambar tiada kena mengena


18 Februari 2022 aku mula mengalami demam. Agak tinggi juga suhu badan pada ketika itu. Hampir mencecah 40°c. Tidur malam pun tidak lena, sekejap-sekejap terjaga. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak kena.

Sebelum ini isteri aku didapati positif Covid-19. Dia lebih awal daripada aku. Aku hanya didapati positif Covid-19 pada 20 Februari 2022. Aku tak risau akan diri aku, cuma risaukan isteri yang sedang sarat mengandung anak kelima kami. Insyaallah, awal bulan April ini bakal lahir.

Anak-anak turut demam. 3 orang anak demam dan kini telah sembuh. Cuma anak bongsu jadi hero sebab tak demam. Anak-anak kalau demam lagilah bertambah risau. Sebabnya mereka semua susah nak diberi makan ubat. Kena paksa betul-betul, kena pegang kaki dan tangan dan suapkan ubat dalam mulut. Itupun disemburkan. Banyak yang keluar dari masuk ke dalam perut.

Simptom Covid-19 yang aku kena dibawah kategori 2(a) dan terkini kategori 1. Cuma demam, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala dan bisa-bisa sendi. Deria rasa masih berfungsi cuma deria bau kurang sedikit, mungkin sebab hidung tersumbat.

Sebelum ini, jabatan aku baru sahaja ditutup selama seminggu akibat ramai kakitangan yang terkena jangkitan Covid-19. 22 Februari baru buka. Tapi aku akan kuarantin di rumah hingga 26 Februari. Bertambah lamalah aku duduk di rumah.

Bantuan. Alhamdulillah, duduk di kejiranan yang aku tinggal sekarang amat prihatin. Bantuan datang dari pelbagai pihak. Bantuan pertama yang aku terima dari Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin, kedua dari pihak Japerun Klebang, Melaka dan yang ketiga dari JPKK kampung. Bagus mereka ini semua. Amat prihatin sedangkan aku baru juga berpindah di sini dalam 3 tahun lebih.

Adik beradik dan anak-anak buah juga banyak membantu. Mereka tolong belikan barang-barang keperluan. Memang sejak dari kuarantin semasa isteri kena Covid-19 kami tak keluar rumah. Cuma 2 kali keluar, itupun ke klinik. Hanya membeli makanan dan barangan keperluan melalui atas katil talian. 

Jadi, inilah sahaja sedikit sebanyak perkongsian diri aku yang dijangkiti Covid-19. Alhamdulillah, tidaklah teruk sangat. Bagi aku, ini tanda Allah SWT sayang kita. Dia beri kita sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan menyuruh aku sentiasa ingat akan Dia. 

20 comments:

  1. Selamat berehat. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Semoga tiada symptom yg membimbangkan kesan covid ni, semoga baik2 saja nantinya.. Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. Allahu...semoga cepat sembuh...jaga diri...wife juga semoga cepat sembuh dan tidak ada kemudaratan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Tiada apa-apa. Terima kasih atas sokongan.

      Delete
  4. semoga cepat sembuh buat Fairus dan keluarga

    ReplyDelete
  5. mugo cepat sembuh en fairus.. aminn

    ReplyDelete
  6. moga cepat kembali sihat ye, fairus & family.
    ofis aida pun minggu ni ditutup.
    kes terlalu byk! anda & family alhamdulillah masih lagi tidak dijangkiti.
    bersyukur dan moga kekal sedemikian.
    husband, ofismet berderet positif. namun ofis jalan mcm biasa :(
    tu yg takot tu. aduhai...

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah sedihnya moga dik Fairus isteri n anak2 selamat semuanya segera pulih sediakala sihat sejhtra

    ReplyDelete
  8. Saya kat rumah ni pun dua orang positif. Saya sendiri dah try test negatif. Tapi demam dan selsema ada.. jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

      Delete
  9. Semuga semua ahli keluarga fairus di lindungi Allah hendaknya. Semuga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada bro. Jangan stress. Amalkan bismillah 5 , boleh rujuk dalam bazli unic ada upload. semoga Allah memelihara bro sekeluarga dan cepat baik. :)

    ReplyDelete
  11. Semoga semuanya kembali sihat dan dalam keadaan baik baik je. Syukur ramai yang menghulurkan bantuan. Keluarga saya pun lepas sorang sorang disahkan positive. Semoga yang dijangkiti semua terus kuat melawan virus dan kembali pulih. Aaaminn...

    ReplyDelete
  12. syafakallah buat family fairus. memang risau esp si isteri tgh mendandung tu..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.