Tuesday, July 21, 2015

TETAP BERAYA WALAUPUN BAJU LAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahun ni nak kata banyak berbelanja untuk berhari raya tak juga. Baju Melayu guna yang lama. Anak-anak dan isteri saja beli yang baru, dan serasikan dengan warna baju Melayu yang aku dapat masa perarakan Maulud Nabi awal tahun hari tu.

Baju jalan-jalan ingatkan memang taknak beli, tapi isteri pula yang belikan 2 helai. Seluar tak beli, guna seluar slack lama yang masih nampak baru pasal jarang guna. 

Yang banyak beli pakaian baru ialah untuk anak-anak. Kita yang sudah besar panjang ni cukuplah sekadar ala kadar. Rayanya sehari dua sahaja, janganlah pula terlalu sangat nak yang baru sehingga ada berlaku pembaziran dan akhirnya poket kita yang kosong menanti wang gaji bulan berikutnya. 

Kekadang, betul juga apa yang ditweetkan oleh si Polan ni..

Google pun boleh jumpa...

10 comments:

  1. betul itu..yg penting keluarga..heheheh

    ReplyDelete
  2. saya pon takde beli apa2 melainkan untuk mak ayah je
    malas lah dah bosa2 ni tak kesah dah janji raya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas.. Itu tandanya awak dah matang.. :)

      Delete
  3. Selamat Hari Raya.. Dah ada berapa ramai anak ni? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.. Insyaallah, seminggu dua lagi keluarlah anak yang ketiga.

      Delete
  4. boleh pakai lagi baju2 yg sblm ni.

    ReplyDelete
  5. Kalau masih beriya beli baju raya tu tandanya belum matang ek? Hehe. Tak kisah baju baru atau lama, asal hati senang. Kan?

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog tuan di bloglist saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Tapi bukanlah mereka yang pakai baju baru tu tak matang.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.