Friday, March 6, 2015

PERKEMBANGAN NIZARRUDDIN, MENCARI RAMLI MUSIM KE-2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dulu aku sering poskan entri berkaitan anak buah aku ni, Nizarruddin Jazi, pemenang program realiti TV Mencari Ramli musim ke-2. Alhamdulillah, dulu dia dapat ganjaran untuk berlatih bersama dengan pelapis Manchester United. Bukan itu saja, dia sekali lagi diterbangkan ke Manchester untuk mewakili Malaysia dalam World Skill Challenge.



Kini dia bersekolah di sekolah sukan Tunku Mahkota Ismail di Johor. sebelum tu dia bersekolah di sekolah sukan di Melaka, Sek. Men. Keb. Seri Kota.

Sekarang dia berada di China, mewakili Malaysia bawah 15 tahun dalam kejohanan China-Asean International Youth Tournament 2015. 



Aku berharap, suatu hari nanti dia dapat menyertai skuad Harimau Malaya dan menjadi kebanggaan keluarga.

Sekian, terima kasih. :)

Ps : Saja aku terbitkan entri ni, kerana ada sesetengah orang berpendapat setakat lahir dalam program realiti TV, takkan kemana-mana bakatnya.

8 comments:

  1. syabas anak buah fairus..Nizar berjaya mengharumkan nama negara dan keluarga sendiri ; ...elaun mesti banyak tu kan?

    ReplyDelete
  2. wahhh hebat adik ni... bagus2.. mudah2han dah besau nnt..leh wakil pasukan harimau malaya kan...kan..

    ReplyDelete
  3. Minta maaf... saya tak tahu langsung ada reality programme untuk bolasepak... mudah2an dia akan terus berkembang maju dan mengharumkan nama negara...

    kenapa yer program tu nama mencari Ramli? kurang paham lah...

    ReplyDelete
  4. Harumkan nama negara dik...u ken do it..hihi

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.