Wednesday, November 19, 2014

RINDU SAMA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Agak lama sudah tidak paparkan entri berkaitan koleksi MILO. Bukan dah tak kumpul, cuma macam malas pula nak ambil gambar. 

Tapi malam tadi aku agak rajin. Dah takde buat apa tu, aku belek-belek koleksi MILO agak baru aku dapat, lalu aku ambillah gambarnya satu persatu. 

Ok, taknak cakap banyak. Layan sajalah koleksi MILO yang baru masuk dalam koleksi aku ni.



Cawan MILO keluaran Singapura. Aku beli melalui Facebook. Orang Malaysia yang jual, bukan Singapura. Kalau tak silap aku beli ni RM 20.00 @ RM 25.00 siap dengan pos. Lupa pula harganya.


Bekas pensil MILO. Orang Melaka sebut Lopak atau Pelopak. Ni benda baru. Dapat percuma dengan pembelian 2 pek MILO nuggets.


Kira lama jugalah cawan plastik ni. Mungkin bebudak lahir tahun 80-an dapat melihat cawan ni dulu. Ni beli dengan kawan. Tak mahal sangat, 3 biji RM 10.00.


Ni pula apron MILO. Asal MILO saja aku sebat. Ini pun aku beli melalui Facebook. Tak mahal jugalah, RM 15.00 sahaja siap dengan pos.


Cawan plastik MILO ni aku dah ada. Mak sedara aku yang bagi. Tapi yang ni aku beli lagi, pasal yang dulu takde penutupnya. Kalau tak silap, cawan ni keluaran 80-an @ 90-an.





Keempat-empat patung MILO ni pula dikeluarkan dalam 3,4, bulan yang lepas. Cara dapatkannya ialah menebus dengan mengumpul bar code MILO. Dulu aku dapat tebus 2 patung je, yang 2 lagi aku beli melalui Facebook.

4 comments:

  1. peminat milo rupanya... saya minat keychain, fridge magnet, duit syiling dan macam2 lagi... leh buat library kat rumah... dan oh yer saya peminat cawan... lagi colourful lagi suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat begitu-begitu je.. Ramai lagi pengumpul tegar MILO..

      Delete
  2. Wahh! Peminat tegar MILO ye. Nice :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Tak berapa nak tegar.. Biasa-biasa je..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.