Thursday, August 14, 2014

ADA APA DENGAN PERODUA AXIA?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Perodua melangkah setapak lagi dalam pengeluaran kenderaan. Kini, model terbaru yang bakal berapa di pasaran iaitu Perodua Axia

Mari ketahui sedikit sebanyak tentang Perodua Axia :

1. Merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama keluaran Malaysia.

2. Kenderaan jimat bahan api dengan jarak pemanduan 21.6 km / liter.

3. Harga serendah RM 24,900.00 hingga RM 45,300.00.

4. Terdapat 4 variant iaitu Standard E, Standard G, (SE) Special Edition dan (AV) Advance.

5. Penggunaan nama AXIA adalah diambil dari perkataan ASIA. Huruf X adalah merujuk kepada nombor 10 dalam angka Roman iaitu mewakili sebagai model ke-10 keluaran Perodua.

6. Your Smart Move merupakan slogan bagi Perodua Axia.


Kini ia dibuka untuk tempahan. sesiapa yang berminat tu, bolehlah kunjungi bilik pameran Perodua berdekatan.


Berikut senarai harga Perodua Axia :


Okay... Selamat membeli belah.. :)

25 comments:

  1. Harga mampu beli jugak kan? tak sabar nak tunggu org lain beli pastu nak tgk live depan mata..haha.. (tak berniat lagi nak tukar kereta, malas nak menambah hutang)..hehe

    ReplyDelete
  2. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Gambar belakang keta jer. Gambar depan tak der ker...hehehe...

    Pakai jer lah keta yg ada skang ni. Tak nak tambah hutang dah.

    ReplyDelete
  4. satu benda yg aku pelik..Proton & Perodua sekali keluar new model, punyalah banyak variant...hahaha..tu tak termasuk lepas setahun dua keluar pulak new variant lagi ..SE la, Advance lah S lah..padahal yg ditukar tambah cuma aksessori..apa apa pun, nak tunggu review EEV ni..kalau betul bagai dikata, mmg sesuai la beli buat ulangalik gi kerja

    ReplyDelete
  5. AtieYusof : Siapa ada duit lebih, boleh le beli.. :)

    Adinda : T. Kasih.

    Fiza : Gambar depan cari tak jumpa.. :)

    Daddy : Wait and see..

    ReplyDelete
  6. Sikit hari lagi adalah yang dah bawa kat jalan raya...tak sabar nak tengok....

    ReplyDelete
  7. Memang teringin nak beli dan dalam list saya. hehehe.

    ReplyDelete
  8. Wah-wah....makin maju lah produa ni..design pun agak menarik gak..hehe..paling best, harganya..murah maaa..haha

    ReplyDelete
  9. Aku pengguna perodua dan proton (pernah), secara jujur aku lebih suka perodua. Cuma aku rasa lebih baik perodua ni kembali macam dulu dalam menamakan model mereka. Guna bahasa melayu macam kancil, kelisa, kenari atau rusa.

    Aku nak cadang guna nama serangga untuk model ni, ok kot...

    ReplyDelete
  10. Design lawar.. harga berpatutan.. Pasti menjadi pilihan utama rakyat Malaysia ni. Antara model terbaru keluaran Perodua yang dijangka laris.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.