Thursday, July 10, 2014

APABILA LAGU BOIKOT BERKUMANDANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Subhanallah.. Allahuakbar... Gaza diserang lagi!! Banyak nyawa yang tidak berdosa tumbang walaupun tidak bersenjata. Orang awam, kanak-kanak menjadi mangsa kezaliman rejim Yahudi. 



Kita di Malaysia hanya mampu mendengar berita keperitan mereka disamping memberikan sumbangan berbentuk kewangan bagi membantu mereka. Di laman-laman sosial pula masing-masing menukar gambar profil kepada gambar Gaza / Palestin sebagai tanda sokongan bagi mereka.

Tidak ketinggalan juga suara-suara yang menyuruh para pengguna memboikot produk-produk keluaran Israel. Namun sejauh manakah usaha memboikot ini berjaya? Adakah kita sekadar memboikot namun setelah keadaan kembali reda, kita tidak memboikot lagi?

Memboikot seharusnya dibuat lebih sistematik. Kejayaan memboikot seharusnya dapat diukur. Bukan sekadar kita memboikot tetapi tiada apa-apa kejayaan yang dapat dicapai. 

Dalam pasaran Malaysia sendiri terdapat banyak barangan keluaran Amerika yang ditunjangi Israel. Adakah kita mampu untuk memboikot kesemua produk ini sedangkan ia telah digunakan oleh segenap isi rumah sejak berdekad yang lalu.

Kita seakan tidak mampu untuk memboikot kesemua produk Israel dalam masa terdekat. Untuk jangka masa pendek, apa kata kita boikot satu sahaja produk. Kita fokus pada satu produk dahulu. Sekiranya produk tersebut 'bungkus' dalam pasaran kita, bermakna usaha memboikot telah berjaya. Sekiranya tidak, jangan mimpilah untuk memboikot kesemua produk Israel.

Setelah berjaya 'membungkuskan' satu produk Israel, kita teruskan dengan produk yang lain. Buat satu persatu. Sekiranya berjaya, itulah kayu pengukurnya kejayaan usaha memboikot. 

Insya-Allah, sekiranya setiap rakyat di Malaysia berbuat begini, pastinya kejayaan menyebelahi kita.


16 comments:

  1. Ya Allah selamatkan lah saudara kami di sana
    Kau tunjukkan lah kekuasaanmu ke atas tentera Yahudi laknatullah itu

    ReplyDelete
  2. Kisah Yahudi dan Masjid Al-Aqsa juga kekejaman org kafir terhadap muslim dalam dunia ni sudah tertulis dlm al-quran. Ini adalah rancanganNya. Antara tanda kiamat kian hampir.

    ReplyDelete
  3. ye, betul tu. aku setuju kita boikot secara fokus atas satu produk tertentu. cuma masalahnya kita sebagai pengguna ni susah nak bersatu walau pun sama pendapat.

    ReplyDelete
  4. Boleh mulakan usah boikot ni dari akar umbi kot.. kat UK baru2 ni sy ada baca, pasaraya Israel tu bankrup juga bila semua org pakat nak boikot.. kena bersatu lah nak boikot satu2 produk ni... bila konsisten utk boikot pasti berjaya..

    ReplyDelete
  5. Kita ni bila kena serang, baru teringat nak boikot... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata pepatah, sudah terantuk bary nak tengadah..

      Delete
  6. Boikoit kalau setakat bermusim baik tak payah. haiyaa. Tak konsisten.

    ReplyDelete
  7. jom sama-sama kita boikot dan menderma untuk membuktikan kita benar2 serius ingin membantu saudara kita..

    ReplyDelete
  8. salam. semoga Allah melindungi mereka..amin

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.