Tuesday, December 10, 2013

MR. MAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari Isnin hingga hari Rabu aku bercuti rehatkan badan dan minda di rumah. Cuti tahun pun memang banyak lagi, jadinya, aku mengambil keputusan untuk bercuti. 

Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan anak perempuan aku yang menyelak baju dan menghisap puting aku. Aduhai, dia ingat aku ni mama dia agaknya. Isteri aku bekerja, tidak bercuti.

Ingat lepas bangun tidur, aku nak hantar anak kecil aku ke rumah penjaganya, tapi penjaga mahu bercuti. Jadi akulah yang akan menjaga sendiri 2 orang anak aku. Yang besar tu takpelah, memang senang dijaga, yang kecil tu agak sukar sedikit.

So far, memang tiada masalah menjaga mereka. Waktu makan kami makan bersama, lepas makan, kitorang pun tidur bersama. Cuma masa diorang bermain tu adalah gaduh-gaduh sedikit. Terjerit sana, terjerit sini. Aku pun terjerit sama. :)

Hari ni banyaklah juga kerja-kerja rumah yang dibuat, membasuh dan menyidai pakaian, menyapu lantai dan memasak. 

Bab memasak ni memang minat, tapi takde ilmu. Dalam perkataan lain, tak tahu memasak. Aku sudah berfikir-fikir untuk buat sup ayam, kerana isteri aku pernah beritahu, anak sulong aku suka makan sup ayam, makan pun akan bertambah-tambah. Jadinya sebelum memasak tu, aku telefon isteri aku untuk minta resepi cara-cara membuat sup ayam.

Gambar sekadar hiasan. Tak sempat nak ambil gambar Sup Ayam aku, anak-anak dah tak sabar nak makan. Sumber gambar >> KLIK <<


Laaa... rupa-rupanya senang saja buat sup ayam. Lepas masak, aku merasa sup ayam tu, dan aku berpuas hati. Rasa sedap, macam isteri aku masak juga. Hehehe. Selain sup ayam, aku juga memasak ayam kunyit menggunakan kuali seperti 'Pemanggang Ajaib'.

Dah ni je yang nak diceritakan. Esok bercuti lagi, mungkin akan terus jadi Mr. Mama semasa bercuti ni. d:-)

20 comments:

  1. terliur pula deno.. dah la lapor nih... bila berjaga sampai pagi mesti lapo

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU GAMBAR GOOGLE.. KALAU GAMBAR BETUL, LAGILAH TERLIUR.. HEHEHE

      Delete
    2. tengahari tadi mak buat sup ayam...! terccapai hasrat...ahaks :)

      Delete
  2. Replies
    1. HARI NI TAPAU JE.. PAGI JE BUAT CEKODOK PISANG.. :)

      Delete
  3. wahh..jadi bini bini la pulak dia ya..bagus bagus hehe suami mithali :)

    ReplyDelete
  4. wahhhh cuti...bestnyer...

    haha..selamat menjadi mr mama yerk.....

    ReplyDelete
  5. Ala...nape tak amek gambo lauk tu? Nak gak tgk. Heheheheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. NIAT DI HATI MEMANG NAK AMBIL GAMBAR, TAPI TAK DAN PULAK.. ANAK-ANAK TAK SABAR NAK MAKAN.. :)

      Delete
  6. Hahahaha...silap puting lah adik.

    Amacam jadi mr mama? Best tak?...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Tang selak baju tu aku rasa kelakar. kelakar and sweet. hehe.

    tapi kalau mama sebenar time anak tidur time tu la macam kipas ludung. kemas kan apa yang tak sempat nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE.. MASAM DIORNG BERJAGA, SUSAH SIKIT NAK MENGEMAS RUMAH..

      Delete
  8. Akhirnya berjaya juga jadi mr Mama kan..hehe...
    seronok sbnrnya jaga anak ni, walaupun agak mencabar.. sedap juga tgk sup ayam tu..:)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.