Monday, July 29, 2013

AKU MAKAN TEPI LONGKANG PUN TAKDE NAK KECOH!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bukan niat aku untuk mengungkit kembali perkara yang sudah selesai, cuma aku terpanggil untuk menulis setelah melihat status Facebook seorang rakan aku dan juga seorang penulis blog yang menulis berkaitan isu ini.

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, kalau masa rehat saja berebut-rebut membeli makan di kantin sekolah. Kalau terlambat ambil makanan, kerusi di kantin sekolah pastinya akan penuh. Justeru, mana-mana murid yang lambat tu terpaksalah makan sambil duduk mencangkung mengadap longkang. Bukan taknak makan tempat lain, tapi kami semua dah biasa dan 'enjoy' makan begitu. Longkang tu taklah kotor, kalau kotor mahunya tak makan di situ.


Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Bukan sekali, tetapi memang dah lali. Memang biasa makan tepi longkang. Masa tu takdelah nak bising-bising nak lapor pada polis ke, nak masuk dalam facebook ke (dulu takde facebook), tapi sekarang ni, pihak sekolah naiktaraf bilik persalinan untuk dijadikan kantin sementara pun dah heboh satu Malaysia. Padahal kantin sementara tersebut telah lama digunakan bukan pada bulan Ramadhan ianya bermula.

Inilah namanya main 'serkap jarang'. Sengaja mahu membuat fitnah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tak pasal-pasal heboh satu Malaysia lepas tu dikira sebagai isu agama dan perkauman pula tu. Aduhai, lain kali berhati-hatilah dalam membuat kenyataan.

Moral dari cerita ini, jangan menyebarkan sebarang berita tanpa usul periksa. Fitnah, fitnah, dan fitnah memang sedang berleluasa, berhati-hatilah.

PS : Kalau ada yang tak terperasan isu ini, boleh rujuk >> KLIK <<

20 comments:

  1. sikit sikit nak heboh ..leceh betul la, manja ke apa ?

    ReplyDelete
  2. entahnya.. deno dulu zaman sekolah, tepi longkang tu port biasa ngan kekawan makan kat situ.. ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. NI LAH MASALAHNYA.. SEKARANG ANAK-ANAK DIMANJA, TAK BOLEH DIPEGANG, DIJENTIK SEDIKIT. IBU BAPA MELENTING SEMACAM. PASAL TU ILMU YANG GURU BAGI SUKAR NAK MASUK DALAM OTAK!!

      Delete
  3. isunya sal kaum minoriti ditindas...padahal tiada langsung pun...tambahan lagi...ia berkait dengan guru...ada2 je cerita mahu menjatuhkan maruah guru...buat baik salah buat jahat pun salah...tertekan dikalangan guru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBAB KEPALA HOTAK MEREKA TELAH DI'SET' MEREKA DITINDAS.MEREKA SENDIRI YANG BERFIKIRAN BEGITU. BUKAN KITA TINDAS MEREKA, MEREKA YANG TINDAS DIRI MEREKA SENDIRI..

      Delete
    2. dorang lihat isu di sana...cuba kau datang ke Sabah nie..banyak lagi kes lebih teruk dari dorang tu...

      Delete
  4. makan ramai-ramai pulak tu. baru seronok...

    ReplyDelete
  5. panas isu ni minggu lepas kan. orang kalau nak bangkitkan isu macam2 dia buat. padahal takde apa pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG TAKDE APE-APE PON.. ORANG YANG CIPTA ISU NI YANG AGAK 'BAHALOL'. MAAF TERKASAR BAHASA PULAK..

      Delete
  6. manja sangat sebenarnya tu bro.. saya dulu pun ada juga makan kat longkang. longkang tu siap berbau lagi. tapi rilek je. masalah sekarang ni, terlampau manja. poyo semua tu.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERGH.. KAU LAGI ADVANCE DARI AKU.. AKU MAKAN KAT LONGKANG YANG TAK BERBAU.. KAU LAIN PULAK.. HEHEHE

      Delete
  7. haa btol tu.....

    kita dulu, rileks je lepak kat tepi longkang..pastu makan..xde pon nak bising2..

    tu laa dikatakan penangan media sosial kan.. kita yg baca n tgk pon.. ye ye je laa ingat btol2 tandas.. bila dah siasat hal sebenar..baru la tau kan..

    ReplyDelete
  8. jadi besar jugak isu ni ye? baru perasan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ISU DAH REDA.. SAYA JE YANG LAMBAT NAK TULIS.. :)

      Delete
  9. Betul tu. Kena pastikan kesahihan cerita sebenarnya. Tak pasal² dah sebar fitnah.

    Teringat jaman skolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LA PASAL.. DIA PON BUKAN MUSLIM.. TAK TAU FITNAH-FITNAH NI.. ITU SUKA NAK CAKAP APE..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.