Tuesday, November 13, 2012

BERMAIN DI CELAH DAPUR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kadang kala saya sendiri pening memikir tentang apa sebenarnya hobi utama saya. Saya suka menulis blog, mengumpul barangan Milo dan lain-lain barangan, dan kini saya mula berminat untuk melukis.
 
Ya, melukis.. Kenapa, tidak percaya ke? Hehe, saya bukanlah pelukis yang mahir, baru saja nak belajar. Saya belajar melalui lukisan-lukisan yang terdapat di Galeri Seni Rakyat dan Balai Seni Lukis Melaka dan juga belajar melalui video di You Tube.
 
Tak mahulah celoteh banyak sangat, layan sajalah aksi-aksi saya di celah dapur semasa menyiapkan sebuah lukisan. :)
 
Proses membuat latar belakang (back ground)

Teknik renjis-renjis bak merenjis air bunga mawar

Tatkala menanti ilham

Pandangan belakang, hampir siap dah ni.. :)

Inilah hasilnya. Lukisan abstrak.
 
Minta pandangan pada semua pembaca blog ini. Komen dengan ikhlas tentang lukisan ini. Kalau kata tak cantik pun tidak mengapa.

12 comments:

  1. syabas bro! teruskan usaha mengisi masa lapang! teruskan mengasah bakat!

    ReplyDelete
  2. ish saya bab2 seni ni memang fail sket huhu

    ReplyDelete
  3. tu kategori cantik jugak tu bro.. kalau dapat kat tangan saya ni, habis hancur terus..

    ReplyDelete
  4. alamak queen ni agak buta seni.. tp pd pandangan queen cantik dah ni... ;) kalau anak queen dia kata ni kerja mengecat... ;)

    what ever it is.. gud luck in whatever u do...

    ReplyDelete
  5. Sy suka seni..tp sy x pandai menilai, sejujurnya mmg ada seni pd lukisan anda.

    ReplyDelete
  6. Mata uncle terlekat kat baju metallica tu... \m/

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.