Monday, October 24, 2011

GAMBAR KEMALANGAN MAUT SIMONCELLI DI MOTOR GP MALAYSIA





Simoncelli 1987 - 2011

Simoncelli (58) sebelum kemalangan

Tergelincir di atas litar

Dirempuh oleh 2 buah motorsikal

Simoncelli terlantar di litar dengan helmet telah pecah


Malang memang tidak berbau. Walaubagaimana baiknya aspek keselamatan diutamakan, kemalangan memang boleh berlaku. Begitu juga dengan nasib Simoncelli, yang telah meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk dihadapinya semasa perlumbaan Motor GP di Sepang, Malaysia pada 23 Oktober 2011.

Semoga apa yang terjadi ini dapat memberikan pengajaran berguna kepada mat-mat rempit yang suka merempit di jalanan tanpa mempedulikan keselamatan dan nyawa pengguna jalanraya yang lain dan juga nyawa mereka sendiri. Lihatlah, mereka yang profesional ini juga terdedah kepada kemalangan maut, inikan pula kita yang tidak ada apa-apa sebarang peralatan keselamatan.

(Ps : Kebetulan aku pulang dari Kuala Lumpur ke Melaka pada hari tersebut, kelihatan juga banyak motor-motor besar yang kemungkinan baru pulang menyaksikan Malaysia Motor GP menghala ke arah Selatan termasuklah motorsikal dari Singapura. Apa yang bermain pemikiran aku, tidak insaf ke mereka dengan kejadian yang berlaku pada Simoncelli sehingga mereka menunggang motor seperti berlumba di atas litar.)

8 comments:

  1. baru beberapa hari lepas pelumba kereta pun maut di litar kan,
    kali ni moto pulak...huhu...
    wlaupun helmet hebat tapi kuasa allah melebihi segalanya...

    ReplyDelete
  2. Ngeri tgk kemalangan tu. Tp, mmg dah smpi ajalkan?

    Awak tak cite pun psl Man.Utd? Hiks~

    ReplyDelete
  3. diorang tu ade simpan 1 nyawa lagik kot kat bank ke.. kat rumah ke.. tu yg xtakut nyawa melayang tuh!

    ReplyDelete
  4. MAMANORIZ : AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH...

    ReplyDelete
  5. Dah ajal...Tapi macam bahaya gak ye Litar Sepang tu..

    ReplyDelete
  6. AIRANIEZ : MEMANG DAH AJAL.. NAK BUAT CAMNE.. NAK KATAKAN LITAR NI BAHAYA TAK JUGA, BARU SEORANG MENINGGAL SE[JAK IANYA DIBUKA..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.