Wednesday, October 26, 2011

CULINARY.... I LIKE....





Jangan pelik kalau aku katakan aku suka dan minat memasak tetapi aku tidak pandai memasak. Pelik Tak? Sampai la sekarang, minatnya ada tetapi tiada anjakan yang membolehkan aku memasak. Setakat memasak yang ringan-ringan tu tahulah sedikit-sedikit.

Teringat dulu masa lepas SPM, ada minta sambung belajar seni kulinari tetapi tak dapat. Last-last sambung ambil STPM dan ambil ijazah dalam jurusan lain. Tak terfikir pula nak ambik seni kulinari dulu, kalau tak, silap-silap sekarang dah jadi chef kat hotel atau restoran sendiri. :)

Kalau duduk di rumah tiada benda lain nak buat pastinya aku akan menonton saluran kegemaran iaitu Asian Food Channel (AFC)

Memang suka tengok makanan-makanan yang disediakan. dengan seninya yang menarik dan nampak sungguh lazat. Rancangan yang biasa ditonton di saluran AFC seperti Hells Kitchen, Restaurant Makeover, Lincence To Grill dan banyak lagi.

Chef Ramsay yang mega garang!!!

Tukar restoran dengan rekabentuk yang baru...

Pak Itam yang master dalam grill menggrill...

Baru-baru ini di Astro Ria juga ada membuat satu rancangan masakan iaitu MasterChef Malaysia, pergh.. memang hari-hari mengadap televisyen. Hehe.. Suka sangat (Hahaha... Cam pondan je). Memang best la MasterChef ini, peserta dari pelbagai latar belakang dan bukannya terdiri dari chef sendiri. Ada yang bekerja sebagai pengurus, pesara tentera, jurulatih peribadi dan ada juga penoreh getah serta penuntut IPT.


Memang dari mula-mula iklan mengenai MasterChef Malaysia ni aku sudah teruja sangat. Memang tak sabar nak menantikan rancangan ini. Dan setelah beberapa hari menonton rancangan ini, ia sememangnya rancangan yang menarik.

Yang ni pula antara koleksi majalah yang aku ada, iaitu Majalah Saji yang memaparkan pelbagai resepi dari dalam dan luar negara. Buat masa ini, just baca-baca sahaja, tapi belum try memasak lagi.


Apa yang aku boleh masak yang inilah saja. Konon-kononnya ala Barat la ni... :)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hehe... Semua instant.. Just goreng saja... Susun bebaik nampaklah sikit macam culinaries art... Manalah tahu suatu hari nanti, dah bosan kerja atau lepas pencen boleh buka restoran pulak... :p

21 comments:

  1. i loveeeeeeee cooking a lot !
    hihihi
    favorite channel saya tu AFC
    saya suka tengok nigella lawson punya show
    dengan jimmy oliver. jimmy oliver kat travel living channel
    master chef pon best. tapi banyak drama2 je dorang ni

    ReplyDelete
  2. Suka gak tgk AFC & citer masak² yg lain, tu pon bley tgk klo balik umah mertua, sbb kat umah tak der astro.

    ReplyDelete
  3. Sy suka cite masakan yg santai dan mesra penonton. Tak suke program realiti yg stress dan penuh dgn tension. Mengarut seme tuh.

    Yg awk msk kat atas tu mmg nmpk menyelerakan. Sy peratikan lelehan sos cili kat tepi pinggan tu. Ada usaha kreatif kat situ. Hahahaha!

    Cuba try lak lamb chop.

    ReplyDelete
  4. not bad la masakan tu..

    teror la fairus!

    bukan senang kan org lelaki nak tunjuk skil masak di blog ;)


    p/s: psl donlod movie tu cuba gi sini...
    http://jieazzmovie.net/category/tutorial-download-movie-newbie/

    ada ajar, klu tak dpt nanti bagitau k

    ReplyDelete
  5. aku suka gak tgk program masakan ni...adik aku sorang amik culinary arts

    ReplyDelete
  6. LYA : MASTERCHEF DIA BUAT CAMTU SEBAB NAK BG MENARIK LAAGI KOT;...

    ReplyDelete
  7. FARA : NAK BELAJAU MASAK DULU BARU BOLEH BUAT LAMP CHOP... :)

    ReplyDelete
  8. MAMANORIZ : TU LA PASAL... INGAT NAK SIMPAN JE GAMBAR TU, LAST2 TAKDE ISEA SO BUAT SAJE ENTRY TU..

    ReplyDelete
  9. haha..agak *menyelerakan* masakan yang terakhir tu ya..saya pun suka tengok channel AFC.adik saya ambil Culinary Arts.Tapi sebab terlalu byk masak,dia mcm hilang deria rs.bila masak akan rasa terlebih pedas atau terlebih masin.Sekarang dia hanya mampu jadi lecturer..erk..

    ReplyDelete
  10. w/pon simple tp, puas kan? sbb kita wat sesuatu yg kita minat.

    ReplyDelete
  11. AIRANIEZ : YE KE "MENYELERAKAN"?

    ReplyDelete
  12. ko nak bukak restoran akt ne?? leh aku makan free hahahahaaa

    ReplyDelete
  13. SAHROM : MAKAN FREE? KAWAN2 APA ADA HAL..

    ReplyDelete
  14. perghh.. bestlah kalau reti main masak-masak ni.. sy takat masak nasi n goreng2 aje boleh lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. F.T.R: SEKALI SEKAL BUATLAH KAMERA GORENG.. :)

    ReplyDelete
  16. Salam

    Saya Amin, daripada Silverspoon International College (SSiC), nak tawarkan kepada sesiapa yang nak sambung belajar dalam bidang kulinari atau pastri.

    Jika berminat SMS 019-7962838 (En. Amin)

    -nama penuh
    -no IC
    -alamat

    Saya akan call balik. Sekarang kolej dalam program memberi biasiswa sebanyak RM3000 (diploma) dan RM1000 (certificate) kepada yang berminat. Intake September 2014 juga sudah dibuka.

    Terima kasih.
    Amin Aziz

    https://www.facebook.com/Silverspoon.edu.my

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.