Tuesday, May 10, 2011

JEREBU MELANDA MELAKA

Dari pagi tadi aku perhatikan, kenapa macam berasap saja kat luar ofis aku ni. Rupa-rupanya jerebu sedang melanda negeri Melaka. Patutlah dari tadi asap tak hilang-hilang. Baru rehat tadi duk melayari Facebook, dan ternampak pulak gambar yang diambil oleh Encik Kamal (juru kamera tempat aku kerja) perihal jerebu yang sedang berlaku di Melaka.




Kalau jerebu-jerebu macam ni memang tak baik untuk kesihatan. Lagi-lagi buat mereka yang mengidap asma atau semput. Oleh itu, kalau takde benda yang penting yang hendak dilakukan, lebih elok duduk sahaja di dalam rumah atau dalam ofis. Kalau nak keluar juga eloklah gunakan penutup muka.

Tak tahulah apa puncanya berlaku jerebu ni. Ada pihak yang mengatakan ada berlaku pembakaran di Kalimantan. Tak tahulah, wallahuaklam. Tapi kalau nak diikutkan yang lepas-lepas, memang itulah puncanya. Kalau macam tu, orang-orang di Malaysia ni juga janganlah suka-suka buat pembakaran terbuka. Sudahlah sekarang musim panas. Kalau hujan, bolehlah kurangkan sedikit jerebu ni.

Negeri lain macamana? Kena jerebu juga tak?




8 comments:

  1. jerebu... indonesia. pas tu berbulan hirup oksigen segar hasil dari hutan2 kat indonesia x pernah pun nak syukur?

    ReplyDelete
  2. Hi Sir/Madam,

    Greetings from Exabytes Malaysia.

    We are currently running a contest in Facebook and We are giving out iPad 2.
    All you need to do is write about one of our product, you may copy and paste any content and there is no minimum words required.
    If you are interested, do drop by our FB contest page.

    http://bit.ly/exb-superblogger
    Or http://www.facebook.com/exabytes.com.my?sk=app_10442206389

    We are giving out:

    iPad2 x1
    Starbucks Voucher RM50 x5
    Haagen Daaz Voucher RM25 x5
    KFC Voucher RM10 x10
    Google Notepad x10
    Exabytes Notepad x15

    ReplyDelete
  3. Kat KL rasanya blom ada jerebu lagi. Tapi dah dekat seminggu gak tak hujan nih. Memang panas berbahang rasanya.

    Latest: Lunch hari ni, Gulai Tempoyak Ikan Patin

    Anak Dara SAKIT MATA

    ReplyDelete
  4. entah x perasan plak kt tempat sy ni jerebu k x...hehe

    kamu keja kat hang tuah jaya ek?

    ReplyDelete
  5. kuat gak jerebunya ye...blh buat mcm2 sakit ni....bp lama dah?

    klik HB

    ReplyDelete
  6. Jerebu tu pengganti *snow* kat Malaysia.Haha.Tapi serius sangat panas sekarang...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,. kat kl pun teruk gak lebih kurang mcm melaka jerebu nyer,. saye follow blog ni dan selamat berkenalan

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.