Thursday, March 21, 2024

Hari Hutan Antarabangsa 2024


Sebenar-benarnya, hari ini aku baru tahu adanya Hari Hutan Antarabangsa yang disambut setiap tahun. Jika Hari Muzium Antarabangsa disambut 18 Mei setiap tahun, Hari Hutan Antarabangsa pula disambut pada 21 Mac setiap tahun. 

Di kesempatan ini, ingin juga aku coretkan sepatah dua kata bagi mengucap selamat buat Hari Hutan Antarabangsa bagi mereka-mereka yang meraikannya. 

Hari Hutan Antarabangsa 2024 merupakan peringatan global yang memberi tumpuan kepada pentingnya hutan dalam pembangunan yang berkekalan. Tema tahun ini, "Hutan dan Inovasi", menekankan keperluan untuk menggabungkan teknologi moden dengan pengurusan hutan yang lestari. Ini merangkumi inovasi dalam pemantauan hutan, pengurusan sumber alam dan penemuan cara baharu untuk memelihara kepelbagaian biologi hutan.

Melalui kolaborasi antara penggiat industri, pakar dan masyarakat setempat, kita dapat mempercepat pembangunan teknologi inovatif yang mendukung pemuliharaan hutan dan peningkatan kualiti hidup manusia. Hari Hutan Antarabangsa adalah masa yang penting untuk menghargai kepelbagaian ekosistem hutan dan mempromosikan kesedaran tentang kepentingan hutan dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita.

Selamat Hari Hutan Antarabangsa untuk semua. 

Sunday, March 17, 2024

Boikot KK Mart

Boikot KK Mart!!! 


"Jika diam saat agamamu dihina, 
gantilah bajumu dengan kain kafan."
- Hamka

Begitu mudah zaman sekarang, lakukan kesalahan dan minta maaf. Andai kesalahan yang kecil boleh ditolak ansur lagi, ini tidak, memain dan mempersendakan agama Islam. Satu kesalahan yang amat-amat serius.

Sampai hati mereka menjual stoking yang memaparkan kalimah Allah SWT. Ya, sebenarnya mereka memang sampai hati untuk memperlekehkan Allah SWT dan Islam. Dan mereka akan terus menerus melakukan sebegini. 

Imam Ibn Battal berkata :

“Berurusan dengan orang kafir dibolehkan, kecuali menjual apa yang boleh membantu mereka untuk memerangi orang Islam."

Justeru, tidak salah untuk kita berjual beli dengan orang bukan Islam, tetapi apabila sudah terang-terangan mereka mempersendakan Islam, wajar kita sebagai umat Islam memboikot mereka.

Jom beramai-ramai kita boikot KK Mart. Biar mereka tahu akan kuasa pembeli. Boikot dan istiqomah.